apo nak dikato

Posts Tagged ‘arterial blood taking

Assalamualaikum, sewaktu saya menyemak dashboard wordpress saya, saya temui frasa “cara pengambilan darah pada salur darah” pada ruangan “Search Engine Terms” (mereka yang menggunakan wordpress tentu faham). Untuk tidak mengecewakan insan tersebut, izinkan saya berkongsi serba sedikit maklumat yang saya tahu berkenaan cara pengambilan darah pada salur darah. Mudah-mudahan bermanfaat. Saya tidak pasti apakah tujuan si fulan/ah itu mencari maklumat tersebut. Boleh jadi dia ingin mengetahui mengenai proses pendermaan darah, ataupun sekadar pengambilan darah untuk diuji (blood test).

Sekiranya untuk tujuan pendermaan darah, jarum yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk pada salur vena (vein), kebiasaannya di bahagian cubital fossa (bahagian hadapan siku kita). Jarumnya agak besar, supaya darah cepat memenuhi beg bagi menjimatkan masa. Namun, jangan khuatir, kerana kita akan diberikan suntikan bius (local anaesthetic) terlebih dahulu. Justeru, kita tidak akan merasa sakit ketika jarum yang agak besar itu dimasukkan. Cuma sakit sedikit sahaja sewaktu suntikan bius diberikan.

Bagi tujuan ujian darah pula, tempat pengambilan darah bergantung kepada jenis ujian yang ingin dijalankan – sama ada salur vena atau arteri. Kebiasaannya syringe akan digunakan untuk mengambil darah. Ada juga yang menggunakan vacutainer dan ada pula yang menggunakan “butterfly”. Kesemua alat ini boleh ditemui di hospital. Untuk mengambil darah daripada vena, kebiasaannya diambil daripada vena yang terdapat pada cubital fossa. Sebelum jarum dicucuk, tangan pesakit akan diikat terlebih dahulu bagi menjadikan salur darahnya “timbul” disebabkan oleh darah yang terperangkap. Alcohol swab akan disapu pada bahagian yang akan dicucuk bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman dalam darah melalui tempat suntikan.

Manakala untuk darah daripada salur arteri pula, diambil sama ada daripada arteri radial (radial artery) – diambil daripada tempat nadi dirasa; ataupun daripada salur arteri femoral (berhampiran dengan pangkal peha). Langkah yang lebih berhati-hati dalam mengurangkan risiko jangkitan kuman dilaksanakan. Bahagian yang akan disuntik akan disapu antiseptik.

Butterfly needle

Syringe - saiz jarum berbeza-beza, mengikut kod warna (color-coded)

Mengambil darah menggunakan vacutainer. Perhatikan langkah pencegahan universal yang diambil (menggunakan sarung tangan/gloves)

Sekian dahulu, semoga maklumat yang saya kongsikan ini bermanfaat kepada si fulan/ah yang menaip frasa “cara pengambilan darah pada salur darah” itu. Sekiranya ada sebarang keraguan, sila rujuk kepada doktor yang bertauliah.

Wallahua’lam.


Calendar

April 2024
J S A I S R K
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?


  • hasiah pukim: Mohon keizinan untuk memetik kata-kata puitis puisi di atas....mengagumi bakat insan pemuisi yang digeruni...
  • muhammadghazi: Dipersilakan untuk menyebarkannya, mudah-mudahan sumbangan kecil ini diterima sebagai amal kebajikan di sisi-Nya... Amiin...
  • muhammadghazi: Sama-sama.

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 13 other subscribers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 132,876 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]