apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Pembahasan Demokrasi

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat yang ikhlas berusaha mencari kebenaran tanpa sebarang unsur bias. Tujuan page ini dibuka bukanlah untuk ‘mencampakkan duri serta penghalang’ ke atas perjuangan mana-mana pihak. Sebaliknya perbincangan mengenai isu demokrasi ini dijalankan atas dasar ilmiah dan Islami; kembali merujuk pandangan syarak menurut al-Quran dan as-Sunnah, serta mengkaji realiti demokrasi itu sendiri – apakah ia wajar dijadikan jalan untuk perjuangan menegakkan deen Allah di muka bumi, ataupun tidak.

Insya Allah, page ini akan dikemaskini secara berperingkat mengikut kelapangan yang ada pada diri penulis. Mohon supaya didoakan agar urusan penulis dipermudahkan oleh Allah swt.

Sebarang pandangan, dan juga komentar serta kritikan teramatlah dialu-alukan. Mudah-mudahan perbincangan ini dapat membuka minda kita serta menunjukkan jalan ke arah kesepakatan dalam kebenaran. Diharapkan agar perbincangan selanjutnya berjalan secara rasional dan ilmiah serta tidak disulami dengan emosi dan juga kebencian.

Wallahu’alam…

Topik Perbincangan

Dalam membincangkan soal demokrasi ini, terdapat beberapa perkara yang akan diberikan penekanan, antaranya;

1. 1. Sejarah ringkas dan realiti (serta penipuan) demokrasi.

2. 2. Pandangan syarak mengenai demokrasi – benarkah demokrasi berasal daripada Islam?

3. 3. Perbezaan antara sistem Syura dan demokrasi.

4. 4. Pembahagian antara aspek hadharah dan madaniyah – bagi mereka yang beranggapan bahawa kami menolak semua yang berasal daripada tamadun selain Islam khususnya Barat.

5. 5. Perbahasan mengenai maslahah – bagi yang menolak pendapat bahawa demokrasi berasal daripada Islam, tetapi menerimanya dengan alasan demi kemaslahatan.

6. 6. Perjuangan di luar demokrasi – bagi mereka yang beranggapan bahawa demokrasi sahajalah jalan yang ada.

7. 7. Sistem Pemerintahan Islam – bagi mereka yang beranggapan bahawa Islam tidak menggariskan secara terperinci bentuk pemerintahan sesebuah negara.

8. 8. Hal-hal berkaitan (insya Allah akan ditambah sekiranya perlu).

2 Respons kepada “Pembahasan Demokrasi”

  1. muhammadghazi berkata

    Mohon maaf kerana buat masa ini saya masih belum berkesempatan untuk menyiapkan page ini. Buat makluman, PC saya mengalami sedikit masalah dan segala maklumat / artikel yang telah saya sediakan tidak dapat dibuka. Harap maklum. Terima kasih kerana berkunjung.

    Wallahu’alam…

  2. muhammadghazi berkata

    Assalamualaikum, insya Allah saya sedang dalam proses menterjemah sebuah artikel yang dipetik daripada laman web rasmi Hizbut Tahrir Indonesia, berkenaan rumusan tentang kitab karya Syeikh Abdul Qadim Zallum berjudul Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufr : Yahrumu Akhdzuha aw Tathbiquha aw Ad-Da’watu Ilaiha. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Demokrasi Sistem Kufur : Haram Mengambilnya, Menerapkannya, dan Mempropagandakannya (Bogor : Pustaka Thariqul Izzah, 1994, cet I).

    Sekiranya kalian berminat untuk membaca artikel asal yang menggunakan pengantar bahasa Indonesia, sila ikuti URL berikut. Insya Allah saya akan memuatkan versi bahasa Melayu setelah selesai menterjemahkannya dalam masa terdekat ini.

    http://hizbut-tahrir.or.id/2009/02/06/telaah-kitab-demokrasi-sistem-kufur-karya-syekh-abdul-qadim-zallum/

    p.s. Mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan page ini, atas sebab-sebab yang telah dinyatakan sebelum ini. Insya Allah, setelah selesai menyiapkan terjemahan ini, saya akan menyentuh mengenai point-point yang telah saya nyatakan di atas (sekiranya masih belum disentuh dalam artikel terjemahan tersebut).

    Wallahu’alam…

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>