apo nak dikato

Siri Pembahasan Jihad – bahagian 1

Posted on: Mei 22, 2010

Assalamualaikum, berikut dikongsikan serba-sedikit mengenai jihad fisabilillah dan juga pembahasannya secara ringkas.  Sebahagian daripada kandungan artikel bersiri ini ditulis dengan merujuk kepada Q&A yang dipaparkan di laman ‘Konsultasi Islam’ berkenaan soal jihad (laman tersebut ada disenaraikan dalam link ‘For Islam’ yang terpapar di sebelah kiri blog ini). Di samping itu, penulisan ini turut memetik fakta dan huraian daripada Soutun Nahdhah, nasyrah rasmi keluaran Hizbut Tahrir Malaysia dan juga beberapa sumber lain. Untuk pembacaan lanjut, disyorkan juga supaya  para pembaca merujuk kepada kitab-kitab fiqh muktabar yang mengupas isu ini.  Artikel ini hanyalah pembahasan ringkas dan terfokus serta tidak bertujuan untuk menggantikan sepenuhnya kitab-kitab tersebut. Sebaliknya siri ini merupakan himpunan terhadap rumusan yang dibuat berdasarkan dalil-dalil dan juga rujukan daripada kitab-kitab muktabar tersebut. Semoga Allah membuka pintu hati kita serta meningkatkan lagi kefahaman kita; dan dalam masa yang sama menjernihkan kekeliruan yang sedang berleluasa dalam umat pada hari ini berkenaan konsep jihad. Insya Allah.

Artikel bersiri ini lebih terfokus kepada hukum jihad, pembahagian jihad, dan juga sikap yang perlu ada dalam kalangan umat Islam tatkala sebahagian daripada kaum Muslimin sedang menderita dijajah dan dijarah oleh musuh. Sebarang komen dan maklum balas teramatlah dialu-alukan, semoga sumbangan yang diberikan itu menjadi sebahagian daripada amal kita yang diterima di sisi Allah swt. Ameen.

Apa itu Jihad?

Berdasarkan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, perkataan ‘jihad’ mengandungi dua makna; Pertama makna bahasa (lughah) dan kedua makna syara’. Pembahasan tentang jihad yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh pun banyak menerangkan tentang kedua makna ini. Secara bahasa, di dalam Kamus al-Muhith, jihad bermakna kesungguhan (juhd), kemampuan menanggung beban (thaqah) dan kesulitan (masyaqah). Ar-Razi mengatakan, mujahadah asal katanya adalah juhd (kerja keras) yang bermakna kesulitan (masyaqah). Di dalam al-Majmu’ juga disebutkan, jihad diambil dari kata juhd (kerja keras) yang bermakna masyaqah. Di dalam Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, dijelaskan bahawa jihad secara bahasa bermakna masyaqah. Dr. Muhamad Khair Haykal mengatakan jihad secara lughawi bermaksud mencurahkan usaha. Selanjutnya Imam an-Naysaburi, dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti jihad menurut bahasa adalah mencurahkan segenap tenaga untuk memperoleh maksud tertentu. Itulah pengertian jihad menurut bahasa (lughah) secara umumnya.

‘Jihad’ dalam konteks syar’i berbeza maknanya dengan makna bahasa. Al-Qur’an telah mengarahkan makna jihad pada erti yang lebih spesifik, iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun tidak, yakni dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat (idea) dan lain-lain [Ibn' Abidin]. Di dalam kitab Radd al-Mukhtar disebutkan bahawa jihad adalah mengerahkan segenap potensi untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung atau tidak langsung, seperti bantuan material atau pendapat. Di dalam syarah Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, disebutkan bahawa jihad secara syar’i bermakna mengerahkan segenap kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir. Inilah makna jihad sebagaimana dikehendaki oleh syara’ yakni berperang di jalan Allah memerangi orang-orang kafir dengan segenap usaha dari memberikan pendapat sehinggalah ke perang secara fizikal.

Pengertian seperti ini terdapat pada kata jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyyah. Pengertiannya berbeza dalam ayat-ayat yang terdapat pada ayat-ayat Makkiyyah. Dalam ayat-ayat Makkiyyah, kata jihad mengandung makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang di dapati dalam al-Qur’an surah al-’Ankabut [29] ayat 26 dan 8 serta surah Luqman [31] ayat 15. Lebih dari 26 frasa jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyyah. Semuanya mengisyaratkan bahawa jihad bermaksud perang menentang orang-orang kafir. Antaranya, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui .”
[TMQ at-Taubah:41]

Jihad dengan makna mengerahkan segenap kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga dibincangkan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan, idea dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad berarti peperangan kaum Muslimin menentang orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadikan kalimatNya yang paling tinggi [Muhammad Ilyas]. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahawa jihad adalah perang di jalan Allah. [Huraian lanjut mengenai pandangan para ulama' terhadap jihad akan dikongsikan dalam siri berikutnya, insya Allah sekiranya penulis dilanjutkan usia dan dikurniakan kelapangan].

Hakikat Jihad

Di dalam membincangkan isu jihad ini, umat Islam mestilah memahami hakikat jihad yang sebenar dari pandangan Islam. Dari sudut hukum, jihad dapat dibahagi kepada dua;

1. Jihad Ibtida’iyyah (Ofensif/Menyerang)

Jihad ofensif bermaksud jihad yang dilaksanakan oleh Negara dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke suatu negara. Aktiviti fizikal (ketenteraan) hanya dilakukan sebagai jalan terakhir setelah usaha ‘persuasif’’ (mengajak kepada Islam atau menyuruh tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar jizyah) ditolak oleh kaum (negara) kafir. Ertinya, ketika proses penyebaran risalah Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Negara kepada bangsa atau negara lain mendapat tentangan fizikal dan mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Islam, maka saat itulah wajib ke atas Negara melancarkan jihad ofensif. Sebaliknya, jika mereka menerima atau memeluk Islam ataupun menolak dari memeluk Islam tetapi bersetuju tunduk kepada pemerintahan Islam, maka jihad ofensif tidak akan dilancarkan. Perlu diingat bahwa taklif hukum untuk melakukan jihad ofensif ini adalah wajib ke atas Negara (Pemerintah) sahaja. Orang perorangan, jemaah, gerakan, parti politik dan sebagainya tidak boleh melakukan jihad jenis ini. Oleh yang demikian, jika pemimpin mengabaikan tanggungjawab ini, mereka telah berdosa besar, apatah lagi fakta pada hari ini menunjukkan kepada kita betapa darah umat Islam ditumpahkan sewenang-wenangnya oleh Sang Kafir, tanpa ada apa-apa pembelaan oleh mereka yang berkuasa (pemimpin) dari kalangan umat Islam. Jihad sebegini ditegaskan oleh Allah dalam al-Qur’an, di antaranya,

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhir, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang haq (Islam), (iaitu orang-orang) yang diberi Al-kitab kepada mereka, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk .” [TMQ at-Taubah:29].

2. Jihad Difa’iyyah (Defensif/Mempertahankan).

Adapun jihad defensif adalah perang untuk membela dan mempertahankan diri dari serangan atau ancaman kafir-musuh. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap individu Muslim untuk mempertahankan dirinya apabila diserang musuh. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin tidak perlu menunggu pengisytiharan jihad dari Negara untuk bertindak. Pada saat berlakunya serangan (diserang), maka setiap orang wajib mengangkat senjata dalam mempertahankan dirinya, keluarganya dan harta bendanya demi Islam. Sekiranya suatu tempat atau sebuah negara umat Islam diserang, maka jihad defensif ini wajib dilakukan oleh kaum Muslimin lain yang berada berdekatan dengan tempat atau negara tersebut. Perlu di ingat bahawa apabila melihat keadaan umat Islam diserang sebegini, maka wajib pula ke atas mana-mana penguasa kaum Muslimin (yang berada di negara lain) melancarkan jihad ofensif ke atas musuh yang menyerang tadi. Jihad defensif ini wajib dilaksanakan sebagaimana seruan Al-Quran yang ertinya:

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .” [TMQ al-Baqarah:190].

Inilah hukum jihad yang berlaku ke atas umat Islam. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para khulafa’ telah menunjukkan kepada kita bagaimana hukum ini diterapkan di sepanjang pemerintahan masing-masing. Di antara peristiwa yang terkenal di dalam sirah Rasulullah adalah jihad yang dilancarkan oleh Rasulullah sendiri ke atas Yahudi Bani Qainuqa’. Diriwayatkan bahawa seorang Muslimah telah pergi ke kedai emas milik seorang Yahudi. Tiba-tiba si Yahudi tukang emas ini datang dari arah belakang dan mengikat bahagian belakang baju Muslimah tersebut dengan alat pengait. Ketika Muslimah itu berdiri, maka tersingkaplah auratnya dan si Yahudi la’natullah ketawa terbahak-bahak diselangi dengan kata-kata cabul. Seorang Muslim yang kebetulan melihat peristiwa tersebut merasa marah dan terus membunuh Yahudi tersebut. Beberapa orang Yahudi lain yang berada di situ secara beramai-ramai telah membunuh Muslim tadi. Peristiwa ini telah sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tanpa berlengah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam terus melancarkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa’, sehingga kaum terkutuk itu berjaya diusir dari bumi Madinah.

… BERSAMBUNG


**********************************************************

*** Berikut merupakan sumber asal yang dijadikan rujukan dalam penyediaan artikel bersiri ini. Kesemuanya merupakan sumber sekunder yang dipetik daripada sumber-sumber syarie iaitu al-Quran, as-Sunnah, serta apa yang terbit daripadanya (ijma’ dan qiyas). Justeru, sekiranya para pembaca ingin merujuk terus kepada sumber asal, sila klik pada URL yang disenaraikan seperti berikut:

Soutun Nahdhah (HIZBUT TAHRIR MALAYSIA)

SN074 – JIHAD EKONOMI MELAYU – Kebanggaan Islam atau Kebanggaan Barat?

SN121 – MENGEMBANG DAKWAH : KEWAJIPAN ATAS SEMUA

SN128 – PALESTIN BERDARAH LAGI

Hizbut Tahrir Indonesia

Hizbut Tahrir Indonesia » Pengertian Jihad Menurut Para Ulama

Islam Explained

Article: What is Jihad?

Konsultasi Islam

Berjihad Atau Berdakwah? « Konsultasi Islam

HUKUM JIHAD DAN DAMAI DALAM ISlAM « Konsultasi Islam

Menyerah dan Menyerahkan Negeri Muslim? « Konsultasi Islam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mei 2010
J S A I S R K
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 80,426 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: