apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Selamat Berangkat kepada Tetamu Allah

DIkirim oleh muhammadghazi di November 15, 2009

Assalamualaikum, Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya saya berkesempatan juga untuk mencoret di sini. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca coretan-coretan dan juga perkongsian saya selama ini. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dan juga manfaat daripada perkongsian saya yang tidak seberapa ini dan sungguh saya berdoa supaya Allah menerimanya sebagai pahala amal kebajikan dan mengurniakan pengampunan kepada kita semua. Ameen.

baitullah

Baitullah menggamit kehadiran Muslimin di seluruh pelusuk dunia

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji sekalian, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang serta dikurniakan haji yang mabrur hendaknya… Ameen. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon supaya kalian mendoakan kejayaan dan keselamatan kami yang tidak berkesempatan untuk ke sana pada tahun ini. Mohon didoakan supaya dipermudahkan segala urusan kami dan diberikan hidayah dalam meneruskan kehidupan. Doakan juga supaya kami turut dikurniakan ruang untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun Islam ke-5 ini pada tahun-tahun mendatang.

Dari Shafwan bin Abdullah bin Shafwan dari Ad-Darda, ia berkata: Aku datang ke Syam dan aku mendatangi Abu Darda di rumahnya. Tapi aku tidak menemukannya dan bertemu dengan Ummi Darda. Ia berkata, “Apakah engkau hendak berangkat Haji pada tahun ini?” Aku berkata, “Ya.” Ia berkata; ‘Berdoalah kepada Allah minta kebaikan untuk kami, kerana Nabi SAW pernah bersabda:

Doanya seorang Muslim kepada saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa minta kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata, “Amin.” Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.’ Shafwan berkata ‘kemudian aku keluar menuju pasar dan bertemu dengan Abu Darda, ia pun berkata sama seperti istrinya’.

HR Muslim

“Wahai saudaraku, janganlah engkau melupakan kami dalam doamu” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

6 Respons kepada “Selamat Berangkat kepada Tetamu Allah”

  1. fikru1mustanir berkata

    Salam akhi,

    Alhamdulillah anta dah sihat. :)

    Wasalam.

  2. muhammadghazi berkata

    Salam… Alhamdulillah, ana dah bertambah sihat. Jazakallahu khair ya akhi atas doa. =)

  3. BuNinil berkata

    “Allaahummaj ‘alhuu hajjan mab ruurah…” Amin. Wahai sahabat Ghazi salam silaturrahim, sudilah kiranya tukeran link dengan saya Indonesia http://ninilsudarmini.com
    Terima kasih. Jangan lupa beri komentar di artikelku yang disuka, support penegakkan syariah Islam

  4. muhammadghazi berkata

    Terima kasih ya, bu kerana sudi berkunjung. Baiklah. Sama-samalah kita mendokong seruan penegakan syariah Islam walau di mana jua kita berada, tanpa mengira batas sempadan.

  5. fikru1mustanir berkata

    Sekapur Sirih Buat Jemaah Haji.

    Kau harus bersyukur sepenuh hati
    kerana kau kini bergelar tetamu Ilahi

    Aku tahu pengorbananmu
    untuk sampai ke situ
    adalah besar sekali
    meninggalkan kampung halaman
    dan mereka yang kau cintai.

    Aku juga tahu perjalanan ini
    mungkin, seumur hidupmu hanya sekali.

    Oleh itu saudaraku
    jangan kau lepaskan kesempatan ini
    jayakanlah ibadahmu seluruh diri
    kerana tiada kemulian yang tertinggi
    dari bersujud di hadapan Tuhan Yang Abadi.

    Tataplah wajah tanah itu
    hitunglah batu-batu, hidulah debu-debu
    kerana bekas-bekas perjuangan nabimu
    masih basah di situ.

    Sungguh, kota Mekkah dan Madinah
    adalah kitab sirah yang terdedah
    hidup dan penuh faedah
    sebagai tuntunan kiprah
    supaya mantap tanpa goyah.

    Sapalah saudara-saudaramu
    walau mereka berlainan suku
    jalinlah tali persaudaranmu
    atas nama akidah yang satu.

    Campaklah dirimu
    ke dalam lautan manusia berjuta itu
    biar kuyup dan basah bersama
    tengelam hingga ke dasarnya
    kerana kau adalah mereka
    dalam sendu dan tawa.

    Bawalah gelombang manusia berjuta itu
    mengalir dari lautan rohani
    menyerbu dalam deru nusa yang satu
    ke lautan hidup duniawi.

    Pukullah pantai berkawat duri itu
    yang selama ini meliliti pergerakanmu
    untuk menjunjung perintah dan larangan tuhanmu
    biar butir-butir pasir pantai kawat berduri itu
    masin bersama garam gelombangmu.

    Adakah pantai kawat berduri yang tidak terobohkan
    oleh ombak menggunung tinggi api tsunami?
    Manakah kawat berduri yang tajam berkilauan
    maka terputus rantaian badai besi keyakinan suci?

    Fikrul Mustanir
    Kelana Jaya
    November 2009

  6. muhammadghazi berkata

    Jazakallahu khair, ya akhi atas puisi yang indah itu. Semoga musim haji ini merupakan yang terakhir tanpa adanya baiah di bahu kita terhadap sang khalifah… Ameen

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>