Sakit
DIkirim oleh muhammadghazi di November 7, 2009
Assalamualaikum, sudah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Maaf, bukannya sebab tak minat ataupun malas. Saya agak kesibukan semenjak kebelakangan ini. Ditambah lagi dengan sedikit masalah kesihatan yang sedang saya hadapi. Mohon supaya didoakan saya cepat sembuh agar saya dapat menjalankan segala kewajipan yang tertanggung di bahu saya… Ameen. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas kebaikan kalian.
Maaf juga kerana tidak dapat berkongsi sebarang isu mahupun ilmu pada kali ini. Banyak sebenarnya peristiwa dan musibah yang menimpa umat sepeninggalan saya. Untuk mengikuti kupasan yang terbina berdasarkan perspektif yang Islami, saya syorkan supaya kalian berkunjung ke laman www.mykhilafah.com. serta beberapa portal Islami yang lain.
Sewaktu sakit ini, saya menyedari betapa kesakitan mampu mempengaruhi pertimbangan dan emosi kita. Betapa sakit juga menyebabkan kita menyedari kecilnya kita di sisi Allah. Betapa kerdilnya dan lemahnya diri kita selaku hamba-Nya. Semoga kesakitan yang sedang saya alami ini menjadi kafarah ke atas dosa-dosa dan juga kesilapan saya yang lalu. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan bagi saya dalam menghadapinya. Dan seterusnya menyembuhkan penyakit yang sedang saya hadapi ini. Insya Allah, saya akan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan, namun sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mampu menyembuhkannya. Firman Allah SWT;
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; [TMQ as-Syu'araa' (26) : 80]
Wassalam…
Nashir berkata
salam ya akhi ghazi..Moga sihat hendaknya..Lama tak bertemu..Jg kesihatan ya..
Maal Salamah..
muhammadghazi berkata
Salam… Jazakallahu khair atas doa yang diberikan. Semoga Allah memberkati kita semua, ameen.
Insya Allah, panjang umur bertemulah kita. =)