Seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat (dikemaskini – link kepada laporan)
DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 13, 2009
Assalamualaikum..
Anda semua dijemput untuk menghadiri Seminar Terbuka:
Tarikh : 26hb Julai 2009 bersamaan 4hb Sya’ban 1430 H
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor
Aktiviti : seminar, pameran khilafah, tayangan multimedia, jualan buku, vcd dan cenderahati
Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir
Masuk adalah percuma
Sedikit review untuk seminar ini:
-
Seminar ini akan membawa perbincangan tentang realiti demokrasi dan keharamannya. Realiti yang dimaksudkan di sini adalah definisi demokrasi, sejarahnya, konsepnya, janji manisnya, penipuan dan kerosakan serta kedurjanaan yg dibawanya selama ini. Juga akan terangkan bagaimana umat Islam selama ini ‘tertipu’ oleh demokrasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
-
Selepas tu, akan diterangkan tentang keharaman demokrasi dengan nas-nas syarak yang jelas.
Seminar ini juga akan menerangkan perbezaan antara demokrasi dengan Islam, khususnya dengan syura. Kita juga akan terangkan pendapat ulama yang mengambil demokrasi berdasaran kaedah syara’ yang salah. Juga akan dibedah, didedah dan diperjelaskan bagaimana kaedah yang salah ini telah dipergunakan oleh umat Islam untuk menghalalkan demokrasi. -
Seterusnya akan dterangkan tentang sistem Khilafah yang bertentangan sama sekali dengan demokrasi. Membongkarkan ketakutan Barat terhadap Khilafah dan usaha mereka agar umat Islam tetap berpegang kepada demokrasi. Akan diterangkan bagaimana Khilafah dahulu menjadi peneraju dan penyelamat dunia termasuk pendedahan kisah kehidupan orang-orang kafir zimmi di dalam Daulah yang sayangkan Daulah Islam. Daulah menjaga mereka sepertimana hak-hak kaum muslimin berbeza dengan realiti hari ini yang mana Barat menindas umat Islam yang ada di negara mereka.
-
Akhirnya adalah pendedahan bahawa di seluruh dunia umat Islam sudah mula sedar bahawa demokrasi hanyalah menipu dan menindas mereka. Disertakan bersama bukti-bukti bahawa umat Islam di seluruh dunia telah mula menolak demokrasi dan mencari alternative lain iaitu Khilafah. Hanya Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat dan usaha untuk mengembalikan Khilafah semula memerlukan sokongan dari seluruh umat Islam.
Jadi, marilah kita beramai-ramai, membawa rakan taulan ke seminar ini yang sungguh menarik ini. InsyaAllah akan membawa pendedahan perspektif baru akan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil alamin di Malaysia dan di seluruh dunia.
Terima kasih kepada Faizal (syababtajdid) atas teks ini dan juga poster di atas

Syabab Tajdid berkata
Sama-sama ya akh..
Poster yg dibawah tu sebenarnya poster yg official.
Cuma masih belum sempat ditukar di myk.
muhammadghazi berkata
Salam, betul tu akhi. Ana tengok tadi dah diubah… Jzkk atas makluman… Alhamdulillah ana dah iklankan kepada teman-teman… Insya Allah jika tiada aral mereka akan hadir…
nashir as sunnah berkata
salam..
enta hadir tak ghazi?
muhammadghazi berkata
Salam, nasir. Maaf ana lambat reply, agak kesibukan seminggu dua ni. Hehe, Alhamdulillah, sampai juga ke seminar tadi. Insya Allah ana ada rakamannya dan akan menulis serba-sedikit mengenainya dalam masa terdekat ni. Dalam masa yang sama ana percaya pihak HTM sendiri akan menyediakan rakaman dan juga laporan rasmi mengenai seminar tersebut dalam masa terdekat. Insya Allah ana akan update, sebab seminar ni tak kurang pentingnya kerana masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang kurang jelas mengenai pendirian HT terhadap isu yang dibangkitkan. Buktinya berdasarkan soalan yang bertalu-talu ditujukan kepada para penyampai tadi. Sebarang komen, sudilah kiranya diajukan.
p.s. Rasa sejuk hati bila berpeluang bertemu dengan rakan-rakan syabab bloggers di program tadi. FM-lah watak utama kita. hehe. Mula-mula jumpa tu agak speechless jugalah. Terkena aura berkaliber daripada FM. Wuzaraa pun ada, tak sangka rupanya ana kenal adik beliau daripada satu program. Waktu tu dia cakap, abangnya seorang syabab juga. Hm, keluarga Hizb lah ni. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi… =)
Majlis tadi habis agak lewat, dan ana pulak kena rush. Kalau tak bolehlah kita mengeteh dulu… Bukan senang nak jumpa, masing-masing datang dari jauh… =) Insya Allah next time kita bertemu lagi ye. Mana tahu, FM nak belanja kita semua di Restoran Sup Urat Ketin dekat dengan KC ke… hehe, bergurau je.. =)
Wan Solehah berkata
HIZBU AT –TAHRIR – METOD PEMBENTUKAN AL-KHILAFAH
Hizbu at-Tahrir membuat dakwaan bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi dalam menentang dan menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur – ini adalah dakwaan yang batil yang menolak dan mengingkari ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang. Kita boleh bersetuju bahawa demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah ideologi dan kerajaan yang syirik dan kufur, namun kita menolak dakwaan Hizbu at-Tahrir yang mengatakan bahawa metod Islam dalam menghapuskan kerajaan demokrasi kita ini bukanlah melalui Jihad, Perang dan Revolusi.
Hizbu at – Tahrir sebagai sebuah pergerakan Islam palsu yang menjadi agen kepada Yahudi mengutarakan pandangan-pandangan mereka bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kerana sebab-sebab berikut :
1. Tidak wujud sebarang sebab mengikut hukum Islam yang membolehkan kita untuk melancarkan Jihad , Perang dan Revolusi ke atas kerajaan demokrasi Malaysia kita ini ;
2. Tidak ada nas yang memerintahkan kita supaya memerangi dan memberontak ke atas sesebuah kerajaan manusia yang syirik dan kufur ;
3. Mereka berpegang kepada hujjah bahawa Rasulullah saw tidak berperang semasa di zaman Mekah selama tiga belas tahun itu, dan bahawa perang itu hanya diperintahkan setelah terbentuknya sebuah kekuasaan Islam di Medinah. Justeru, mereka menghujjahkan bahawa Islam hanya berperang setelah terbentuk dan wujudnya sesebuah kekuasaan Islam.
Ini adalah dakwaan-dakwaan yang batil, tipudaya dan pembohongan yang maha besar di pihak Hizbu at – Tahrir kerana Allah sememangnya memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini yang bertujuan untuk :
1. Menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan untuk menegakkan sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja ;
2. Menghapuskan penindasan dan kezaliman yang wujud dan berlaku dalam sistem kerajaan manusia;
3. Menghapuskan Tuhan-tuhan manusia yang berkuasa dan berdaulat dalam sistem pemerintahan manusia;
4. Menghapuskan sistem manusia menyembah manusia;
5. Menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan;
6. Menghapuskan ketuanan kufur dan menegakkan ketuanan Islam. .
Perintah untuk memerangi dan memberontak ke atas kerajaan demokrasi Malaysia kerana sebab-sebab seperti di atas ini adalah perang dalam bentuk OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi tanpa terlebih dahulu diserang, dicerobohi, diperangi dan dizalimi oleh pihak musuh. Perintah ini adalah berdasarkan kepada hukum Allah yang disokong dengan ayat-ayat al-Quran yang jelas dan konkerit, di antaranya seperti mana yang akan kita bincangkan di sini.
Kerajaan yang menjalankan peraturan dan undang-undang manusia dan tidak peraturan dan undang-undang Allah seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur. Ini adalah kerana kerajaan seperti ini adalah kerajaan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang justeru ia menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah Laailaahaillallah.
AGAMA ISLAM :
1. AQIDAH ISLAM adalah ciptaan Allah dan daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH ALLAH :
i. Rububiyah Allah bererti bahawa Allah itu adalah TUHAN bagi manusia kerana HANYA Dia sahaja yang mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan Dia juga mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA -NYA;
ii. Uluhiyah Allah bererti Allah itu adalah TUHAN yang tunggal bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dimiliki, dibuat dan diluluskan oleh Allah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh seluruh manusia yang diperintah;
2. SYARIAT ISLAM adalah terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dimiliki, dibuat dan diluluskan oleh Allah;
3. AKHLAK ISLAM adalah daripada Allah yang mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai daripada Allah yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang Allah.
AGAMA DEMOKRASI :
1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :
i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;
ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;
2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;
3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.
Perbandingan di antara agama Islam dengan agama demokrasi memberi gambaran yang jelas bahawa demokrasi ini adalah satu agama, iaitu agama yang syirik dan kufur.
Demokrasi yang didasarkan kepada Rububiyah dan Uluhiyah Manusia adalah agama manusia yang syirik dan kufur. Sikap, dasar dan tindakan-tindakan Islam terhadap agama dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur seperti ini ialah PENAFIAN, PENOLAKAN, PENGINKARAN DAN PENENTANGAN yang terbuka, aktif dan total sehingga ianya mengalami kehancuran untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam. Tanpa penafian bererti kerosakan kepada pegangan dan amalan Laailaahaillallah.
Perbincangan kita di sini adalah bertujuan untuk mengutarakan Metod Islam bagi meruntuh dan menghapuskan kerajaan manusia yang syirik dan kufur ini untuk kemudianya digantikan dengan kerajaan Allah atau al-Khilafah melalui jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, ini di antara lain termasuklah pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.
Sikap dan tindakan Rasulullah saw terhadap agama dan kekuasaan Jahiliyah semasa di zaman Jahiliyah Makkah :
1. Mengisytiharkan kalimah Laailaahaillallah untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah;
2. Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur;
3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah;
4. Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam;
5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah;
6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia;
7. Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia;
8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah;
9. Memisah dan mengasingkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya;
10. Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;
11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;
12. Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan;
13. Konfrantasi Terbuka terhadap kekuasaan Jahiliyah;
14. Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.
Inilah jalan dan metod perjuangan Rasulullah saw semasa dalam era Mekah yang sama sekali berbeza dan berkontradiksi dengan jalan dan cara umat Islam kita di Malaysia kini. Baginda memisah dan mengasingkan kumpulan umat Islam daripada masyarakat Jahiliyah dan meletakkanya di bawah kepimpinan yang baru yang dipimpin oleh beliau sendiri yang mencabar dan mengancam kepimpinan Jahiliyah. Baginda mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah, kepimpinan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah Mekah. Segala sikap seperti ini tiada yang lain melainkan hanya membawa kepada satu kesudahan sahaja, iaitu konfrantasi terbuka di antara Pergerakan Islam dengan kekuasaan kufur yang seterusnya membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi!
Pembentukan kerajaan Islam adalah perintah Allah yang diwajibkan ke atas setiap orang yang beriman kepada kalimah Laailaahaillallah. Metod Islam untuk mewujudkan kerajaan Islam ialah Jihad, Perang dan Revolusi, bukan melalui jalan demokrasi dan proses demokrasi kerana itu adalah jalan yang syirik dan kufur.
Dalam mencapai seluruh Misi Islam Yang Maha Agung seperti ini, Islam BERHAK untuk melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ke atas sesuatu Negara Bangsa atau Kerajaan Demokrasi, atau ke atas mana-mana Kerajaan Manusia sekalipun tanpa terlebih dahulu ianya diserang, diperangi, dizalimi dan diancam oleh mana-mana negara atau kerajaan-kerajaan tersebut. Ini adalah doktrin FUNDAMENTALISME dalam kalimah Laailaahaillallah.
Firman Allah :al-Baqarah 251
Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Baqarah) :
“Dan pada akhirnya muncullah kebaikan, kebajikan dan kesuburan apabila munculnya kelompok manusia yang terpilih yang mendapat hidayat Allah SWT dan akhlak daripada Allah SWT, iaitu kelompok yang mengenali kebenaran yang telah diterangkan Allah SWT kepada mereka dan mengenal pula jalan yang terang menuju ke arah-Nya, kelompok yang sedar bahawa mereka ditugaskan untuk menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran dan seterusnya sedar bahawa mereka tidak akan selamat daripada azab Allah SWT melain apabila mereka menunaikan peranan yang luhur ini dan melainkan apabila mereka sanggup menanggung apa sahaja penderitaan di bumi ini untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mencari keredhaan-Nya.
Di sini Allah SWT menguat kuasakan perintah-Nya, melaksanakan takdir-Nya dan meletakkan kalimah kebenaran, kebajikan dan kebaikan sebagai kalimah yang tertinggi, iaitu Allah SWT meletakkan hasil pertarungan, pertandingan dan perjuangan itu di tangan kekuatan yang baik dan membina, iaitu pertarungan yang merangsangkan sesuatu yang paling luhur dan mulia yang ada pada kekuatan ini dan menyampaikan kekuatan ini kesetinggi-tinggi darjah kesempurnaan yang telah ditetapkan kepada-Nya dalam hidup ini.
Oleh sebab itulah kumpulan kecil yang beriman dan percaya kepada Allah SWT itu mendapat kemenangan pada akhir perjuangan mereka. Ini ialah kerana mereka melambangkan iradat Allah SWT yang tetinggi yang mahu menolak kerosakan daripada bumi dan menegakkan kebaikan dalam kehidupan manusia. Mereka mendapat kemenangan kerana mereka melambangkan matlamat Ilahi yang tertinggi yang wajar mendapat kemenangan.”
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa ayat di atas ini menceritakan mengenai kaum Talut yang diutuskan Allah untuk memerangi kaum Jalut yang zalim, menindas dan jahat, iaitu mereka itu adalah kaum yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia. Talut menyerang, memerangi, membunuh dan menghalau kaum Jalut yang kafir dan jahat itu daripada bumi Kanaan dan dengan itu terhapuslah sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan terbentuklah sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja. Inil justifikasi Jihad dan Perang dalam Islam. Sekiranya Talut tidak menyerang, memerangi, membunuh dan menghalau mereka itu keluar, akan berkekalanlah sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan akan berlakulah kehancuran dan kerosakan yang besar di kalangan manusia.
Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Hajj 40) :
“Kuasa-kuasa jahat dan sesat sentiasa bertindak di dunia ini. Pertarungan tetap berterusan di antara baik dan jahat, di antara hidayat dan kesesatan. Perjuangan tetap berterusan di antara kekuatan-kekuatan keimanan dengan kekuatan-kekuatan kezaliman sejak Allah menciptakan insan.
Kejahatan bertindak liar dan kebatilan mempunyai senjata. Oleh sebab itu ia bertindak tanpa silu malu, ia menyerang tanpa kasihan belas. Ia boleh menyelewengkan manusia daripada kebaikan apabila mereka telah menemui jalannya. Ia boleh menyesatkan mereka daripada kebenaran apabila mereka telah membuka pintu hati menerimanya. Oleh itu keimanan, kebaikan dan kebenaran pasti mempunyai kekuatan yang dapat melindinuginya daripada serangan yang kejam, memeliharanya daripada fitnah dan menjaganya daripada duri-duri dan racun-racun.
Allah tidak mahu meninggalkan keimanan, kebaikan dan kebenaran menentang kuasa-kuasa kezaliman, kejahatan dan kebatilan dengan tangan kosong tanpa senjata atau dengan semata-mata berpegang dengan kekuatan iman dalam hati, dengan persebatian kebenaran dalam fitrah semulajadi dan dengan kedalaman akal tunjang kebaikan dalam sanubari, kerana kekuatan kebendaan yang dimiliki kebatilan itu boleh menggoncangkan hati, boleh mengelirukan jiwa dan boleh menyesatkan fitrah, di samping itu kesabaran dan daya ketahanan menanggung penderitaan itu mempunyai batas dan hadnya. Daya tenaga dan kekuatan manusia juga ada titik penghabisannya. Dan Allah Maha Arif dengan hati dan jiwa manusia. Oleh sebab itu Allah tidak mahu meninggalkan kaum mukmin, menjadi korban fitnah (orang-orang kafir). Apabila mereka telah bersiap sedia untuk menentang dan mempertahankan diri serta mempunyai kelengkapan yang cukup, maka mereka telah diizinkan berperang untuk menangkis pencerobohan.
As-sawami (biara-biara) ialah rumah-rumah ibadat yang terpencil para paderi . Al- Biya ialah gereja-gereja kaum Kristian umumnya. Ia lebih luas daripada biara-biara, dan as-Salawat ialah rumah-rumah ibadat kaum Yahudi dan al-Masajid ialah rumah ibadat kaum Muslimin.
Semua rumah-rumah ibadat akan terancam kepada perobohan walaupun rumah-rumah itu merupakan rumah-rumah suci yang didirikan khusus untuk beribadat kepada Allah, kerana ia mengikut pandangan kebatilan, alasan bahawa rumah-rumah itu banyak disebutkan nama Allah tidak dapat menolaknya daripada perobohan dan tiada yang dapat melindungkan keselamatan rumah-rumah suci itu melainkan (sunnatullah) yang menolak setengah pencerobohan manusia dengan penentangan daripada setengah manusia yang lain, iaitu penolakan dan pertahanan yang dilakukan oleh pembela-pembela aqidah terhadap musuh-musuh mereka yang mencabul kehormatan rumah-rumah suci dan para penghuninya. Kebatilan selalu bersikap sewenang-wenang. Ia tyidak berhenti-henti mencabul dan menceroboh kecuali ia ditentang dan dilawan dengan kekuatan yang sama. Kebenaran itu tidak cukup dengan kebenarannya sahaja untuk melawan pencerobohan kebatilan, malah ia harus mempunyai kekuatan yang dapat melindung dan mempertahankan keselamatannya.”
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF terhadap mana-mana kerajaan manusia yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA seperti kerajaan demokrasi kita ini atau mana-mana kerajaan sekalipun yang memerintah dengan undang-undang manusia dan tidak memerintah dengan undang-undang Allah. Kita diperintahkan Allah supaya melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ke atas negara kufur itu, iaitu TANPA TERLEBIH DAHULU KITA INI DISERANG, DIPERANGI DAN DIZALIMI olehnya, dan walaupun negara itu tidak ingin berperang dengan kita dan sentiasa menghulurkan tangan persahabatan kepada kita, kita tetap dikehendaki dan diperintahkan Allah supaya menyerang dan memeranginya semata-mata kerana itu adalah Jihad dan Perang yang bertujuan untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang wujud dan berlaku di dalam Negara itu.
Di atas prinsip yang Maha Agung ini, Allah memerintahkan kita supaya MENYERANG, MEMERANGI dan MEMBERONTAK terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang sedang wujud dan beroperasi di dalam sistem politik demokrasi kita ini dan supaya kita kembalikan pengabdian manusia itu kepada kuasa Allah sahaja di bawah sebuah kerajaan Allah. Allah memerintahkan kita supaya menyerang dan memeranginya dalam bentuk yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi tanpa kita ini terlebih dahulu diperangi, diceroboh dan dizalimi oleh mereka itu.
Khalifah Saiyyidina Umar ra telah menyerang, memerangi dan membunuh bangsa Farsi tanpa terlebih dahulu diserang, dizalimi dan diprovokasikan oleh Raja dan kerajaan Farsi, tetapi semata-mata itu adalah kerana Islam menjalankan tanggungjawabnya untuk membebaskan rakyat Farsi daripada belenggu pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan supaya akhirnya mereka itu mengabdikan diri mereka kepada kuasa Allah di bawah kerajaan Allah di bumi Farsi itu sendiri. Rakyat Farsi tidak merayu atau memohon untuk dibebaskan, malah mereka itu kesemuanya bersetuju dan menyokong Raja dan kerajaan mereka, namun peranan dan tanggungjawab kekuasaan Islam itu adalah untuk membebaskan mereka itu daripada belenggu pengabdian manusia kepada kerajaan manusia dengan pelancaran Jihad dan Perang.
Sekirannya Khalifah Umar al-Khattab ra tidak melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ke atas Farsi dalam peperangan al-Qadisyiyah itu yang bertujuan untuk menghapuskan sistem kerajaan yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia, akan berlaku di bumi Farsi itu satu KEROSAKAN yang amat besar. Allah memerintahkan kita supaya melancarkan JIHAD, PERANG dan REVOLUSI terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dalam bentuk yang OFENSIF, iaitu serangan dan pelancaran perang tanpa terlebih dahulu diserang, diperangi dan dizalimi oleh kerajaan Malaysia kita ini. Tujuan pelancaran Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF seperti ini adalah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang sedang wujud, beroperasi dan berkuatkuasa di dalam kerajaan Malaysia kita ini.
Inilah Misi Islam yang Maha Agung di bumi ini!
Peperangan al-Qadisyiyah itu adalah satu manifestasi dalam alam realiti ini mengenai kewujudan doktrin FUNDAMENTALISME Yang Maha Agung yang terkandung dalam kalimah Laailaahaillallah. Doktrin fundamentalisme dalam kalimah Laailaahaillallah seperti inilah yang DISEMBUNYIKAN oleh para ulama dan intelek Islam kita daripada diketahui dan difahami oleh seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya, dan ayat-ayat al-Quran (al-Baqarah : 251, Hajj : 40) seperti inilah di antara ayat-ayat yang selalunya DIPESONG dan DISALAH ERTIKAN oleh mereka ini dengan sengaja dan terancang supaya seluruh umat Islam kita terus berada dalam kebingungan, kebodohan dan kesesatan.
Dalam kesempatan di sini, kita dapat melihat bahawa HIZBU AT – TAHRIR adalah sebuah pertubuhan yang KAFIR yang diasaskan oleh seorang agen Yahudi, Taqiyuddin al-Nabhani, kerana mereka mengajar bahawa Jihad, Perang dan Revolusi tidak wujud dalam Islam semasa di bawah kekuasaan Jahiliyah. Ini adalah ajaran yang sesat dan jahat yang merosakkan agama Islam dan seluruh massa umat Islam di dunia dan ini adalah ajaran yang melibatkan gejala mengubahkan ayat-ayat al-Quran dan menyembunyikan sebahagian daripada ayat-ayat yang lain yang dilakukan dengan sengaja dan terancang oleh pihak Hizbu at – Tahrir.
Selain daripada perang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia seperti mana yang dibincangkan di atas ini, perang ke atas kerajaan demokrasi kita ini adalah juga diperintahkan Allah ke atas kita yang bertujuan untuk menghapuskan sistem penindasan dan kezaliman yang wujud dan beroperasi di dalamnya yang timbul akibat daripada kesyirikan dan kufurannya itu. Setiap kerajaan manusia yang menjalankan peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah disifatkan Allah sebagai kerajaan yang zalim dan menindas yang diperintahkan-Nya untuk diserang dan diperangi serta ditundukkan kepada kekuatan dan kekuasaan Islam.
Firman Allah: al-Baqarah 193
Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Jika ayat ini – ketika turunnya – sedang menghadapi kekuatan kaum musyrikin di Semenanjung Tanah Arab yang bertindak menindas orang ramai dan menghalangkan perkembangan agama Allah, namun maksud ayat ini adalah umum dan arahannya tetap kekal berterusan (pada bila-bila masa). Anjuran Jihad kekal berterusan sehingga hari kiamat. Kini setiap hari ada sahaja kuasa zalim yang menghalangkan orang ramai daripada agama Allah, iaitu menghalangkan mereka mendengar dakwah Allah dan beriman dengan-Nya setelah mereka yakin kepada kebenarannya dan berpegang dengannya dengan aman. Kaum Muslimin adalah ditugaskan pada setiap waktu supaya meleburkan kuasa yang zalim ini dan membebaskan orang ramai daripada penindasnya agar mereka dapat mendengar dakwah Allah, memilih agama Allah dan mendapat hidayat Allah.
Larangan terhadap penindasan itu diulangkan sekali perbicaraannya setelah dikecam dan disifatkannya sebagai perbuatan yang lebih kejam daripada melakukan pembunuhan. Ulangan ini menyarankan betapa besarnya perkara ini dalam pandangan Islam, juga mewujudkan satu dasar yang amat besar yang mengadakan – pada hakikatnya – satu hari lahir yang baru bagi manusia di tangan al-Quran, iaitu satu hari lahir yang meletakkan nilai manusia pada nilai aqidahnya, di mana hidup seseorang manusia itu diletakkan di sebelah daun neraca dan diletakkan pula aqidahnya di sebelah daun neraca yang satu lagi, kemudian neraca aqidah itu menjadi berat. Begitu juga mengikut dasar ini dapat ditentukan siapakah musuh-musuh manusia-manusia yang beriman dan menyakiti orang-orang Islam kerana keIslaman mereka. Merekalah orang-orang yang menafikan umat manusia daripada sebesar-besar unsur kebaikan dan menghalangkan mereka daripada agama Allah, dan merekalah golongan yang wajib diperangi dan dibunuh oleh kaum Muslimin di mana sahaja mereka jumpai.
Dasar agung yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat-ayat pertama al-Quran yang diturun mengenai peperangan ini masih lagi berkuat kuasa, dan Aqidah Islam juga masih terus menghadapi orang-orang yang mencerobohinya dan mencerobohi pemeluk-pemeluknya dengan berbagai-bagai cara, dan penindasan dan tindakan-tindakan kejam juga masih terus menimpa orang-orang yang beriman dalam bentuk individu, kelompok-kelompok dan umat-umat seluruhnya pada sesetengah waktu. Dan setiap mereka yang menghadapi penindasan terhadap agamanya dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah diwajibkan bangkit melawan dan berperang, dan menegakkan dasar agung yang disyariatkan oeh Islam itu. Oleh sebab itu kelahiran dasar ini merupakan hari lahir yang baru bagi umat manusia.
Firman Allah: al-Anfal 39
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan jadilah agama untuk Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Kedatangan Islam – sebagaimana dijelaskan dalam kata pengantar surah ini – merupakan satu perisytiharan umum untuk membebaskan manusia di muka bumi ini daripada perhambaan kepada sesama manusia dan daripada perhambaan hawa nafsu sendiri yang juga merupakan perhambaan kepada sesama makhluk, iaitu dengan mengumumkan Uluhiyah Allah dan Rububiyah-Nya sahaja yang menguasai seluruh alam. Ini bermakna suatu pemberontakan umum terhadap kuasa hakimiyah manusia, undang-undang dan peraturannya dalam segala rupa dan bentuknya di samping merupakan suatu pemberontakan umum terhadap segala kedudukan di mana kuasa memerintah berada dalam tangan manusia dalam mana-mana bentuknya.
Untuk merealisasikan matlamat yang agung ini perlu dilakukan dua langkah yang asasi :
Pertama : Menghapuskan gangguan dan penindasan terhadap orang-orang yang menganut agama ini dan mengumumkan kebebasan mereka daripada kuasa hakimiyah manusia serta memulangkan Ubudiyah mereka kepada Allah sahaja, iaitu menolak Ubudiyah kepada sesama manusia dalam segala bentuk dan rupanya.
Matlamat ini tidak direalisasikan kecuali dengan adanya kelompok Muslim yang mempunyai organisasi yang bergerak di bawah kepimpinan yang beriman kepada perisytiharan umum itu dan berjuang untuk melaksanakannya di alam realiti dan seterusnya berjuang menentang setiap Taghut yang menggugat dan menindas penganut Islam atau mengadakan halangan-halangan menggunakan kekuatan, tekanan, paksaan dan kempen terhadap orang-orang yang ingin menganut Islam.
Kedua : Menghancurkan segala kuasa di muka bumi ini yang ditegakkan di atas Ubudiyah kepada sesama manusia dalam mana-mana bentuk dan rupa untuk menjamin matlamat yang pertama, dan mengumumkan Uluihiyah Allah di seluruh muka bumi ini agaar seluruh agama tertentu kepada Allah sahaja. Agama yang dimaksudkan di sini ialah ketaatan kepada kuasa Allah dan ketaatan itu bukanlah semata-mata dengan iktikad sahaja.”
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa “fitnah” di sini dimaksudkan kepada penindasan, iaitu penindasan dalam bentuk peraturan dan undang-undang manusia yang berdaulat dan berkuasa ke atas manusia. Kerajaan dan Otoriti Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia adalah satu “fitnah” di sisi Allah swt, iaitu satu bentuk penindasan dan kezaliman ke atas manusia yang diperintahkan Allah s.w.t. untuk diserang dan diperangi. Selagi “fitnah” itu wujud, selama itulah Jihad dan Perang dikehendaki dan diperintahkan Allah untuk dilancarkan sehingga fitnah itu, iaitu kerajaan dan otoriti demokrasi itu, mengalami kehancuran; dan “jadilah agama untuk Allah”, iaitu sehingga Islam sahaja yang berkuasa dan memerintah ke atas seluruh ideologi dan pemikiran yang lain dan ke atas seluruh umat manusia di bumi, baik ke atas umat Islam mahupun bukan Islam. Bagi umat Islam yang sedang berada di bawah kekuasaan dan naungan kerajaan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, Jihad dan Perang dikehendaki untuk dijadikan sistem kehidupan hari-hari dan terus berkesinambungan sehingga hancurnya kufur (demokrasi) dan tertegaknya Islam. Ini adalah ayat REVOLUSI, iaitu ayat yang memerintahkan kita supaya MEMBERONTAK dan BERPERANG untuk meruntuh dan menghancurkan kekuataan dan kekuasaan sesuatu kerajaan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk kemudiannya digantikan dengan Kerajan Islam, iaitu supaya agama Islam sahaja yang berkuasa dan memerintah ke atas manusia.
Ayat-ayat Jihad dan Perang seperti mana yang sedang kita bicarakan di sini adalah ayat-ayat yang UMUM, TETAP, FINAL dan MUKTAMAD yang diperintahkan ke atas kita, iaitu yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam, dan bukanlah yang hanya terhad kepada kerajaan dan pemerintahan Islam sahaja, malah ke atas sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Kitab-Nya untuk memerangi, meruntuh dan menghancurkan kekuatan dan kekuasaan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana, mengikut kriteria Islam, ianya adalah kerajaan yang zalim dan menindas. Setelah orang ramai memberontak dan berperang yang meruntuh dan menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur itu, barulah wujudnya gejala “jadilah agama untuk Allah”, iaitu jadilah agama Allah ini sebagai agama yang berkuasa dan memerintah ke atas manusia. Perang dan Revolusi ini adalah Jihad ke jalan Allah dan ianya adalah Metod Perjuangan daripada Allah yang membolehkan kita untuk meruntuh dan menghancurkan mana-mana sahaja kerajaan manusia yang syirik dan kufur serta yang disifatkan oleh Islam sebagai zalim dan menindas ini, seperti mana kerajaan demokrasi kita ini, untuk digantikan dengan kerajaan Allah yang adil dan bebas.
Hizbu at-Tahrir mengutarakan ayat berikut sebagai dalil untuk menguatkan pandangan-pandangan mereka itu :
Firman Allah: an-Nisa 77
Tidakkah engkau ketahui orang-orang yang dikatakan kepadanya: tahanlah kedua tanganmu (dari memerangi orang-orang kafir) dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat. Tatkala diperlukan peperangan atas mereka itu, tiba-tiba segolongan di antara mereka takut kepada manusia, seperti ketakutan kepada Allah, atau lebih sangat takut. Mereka itu berkata: Ya Tuhan kami, mengapakah Engkau perlukan peperangan di atas kami, mengapakah tidak Engkau undurkan (wafat) kami, hingga waktu yang dekat? Katakanlah: Kesenangan dunia cuma sedikit dan akhirat lebih baik bagi orang yang taqwa; sedang kamu tiada teraniaya sedikit pun.
Sebaliknya perintah Allah yang melarang berperang pada zaman Mekah itu (4:77) adalah perintah yang berbentuk MARHALIYAH, iaitu yang berbentuk sementara dan terkhusus bagi zaman Mekah itu sahaja.
Mereka mendakwakan bahawa ayat di atas ini adalah dalil yang Allah melarang kita daripada berperang semasa berada di bawah kekuasaan Jahiliyah seperti mana kita kini yang sedang berada di bawah kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini. Justeru meskipun kerajaan demokrasi kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur, mengikut pandangan para pejuang aplogis ini, kita tidak boleh berjihad dalam menentang kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dalam bentuk Jihad dan Perang. Kita tetap menentang kerajaan demokrasi Malaysia kita ini tetapi tidak melalui Jihad dan Perang.
Dakwaan golongan Hizbu at-Tahrir seperti di atas ini yang menolak Jihad dan Revolusi dalam bentuk PERANG dan KEKERASAN ke atas sesebuah kerajaan manusia yang syirik dan kufur seperti mana kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah dakwaan yang BATIL yang tidak diasaskan kepada prinsip-prinsip Islam kerana :
1. Ayat ini (4:77) adalah ayat yang UMUM, TETAP, FINAL dan MUKTAMAD, iaitu ayat yang menyeruh dan memerintahkan kita supaya Berjihad dan Berperang terhadap kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini malah terhadap seluruh kerajaan manusia yang syirik dan kufur di atas muka bumi ini TANPA MENGHADKANNYA kepada sesuatu KERAJAAN ISLAM sahaja atau kepada sesuatu MASA yang tertentu;
2. Ayat ini mengecam dan mengutuk orang-orang Islam yang tidak bersedia untuk berperang pada zaman Medinah sedangkan perintah untuk berperang sudahpun wujud dan berkuatkuasa pada masa itu;
3. Ayat ini menceritakan kepada kita bahawa perang TIDAK DIPERINTAHKAN Allah pada zaman Mekah kerana hikmah-hikmahnya yang tertentu yang tidak diberitahu secara jelas dan terang kepada kita;
4. Ayat ini tidak menyatakan, samada dengan tersurat mahupun dengan tersirat, bahawa LARANGAN itu adalah sesuatu yang BERTERUSAN, iaitu tidak dinyatakan bahawa ianya adalah berkuatkuasa untuk selama-lamanya sehinggalah ke zaman kita kini dan seterusnya untuk masa-masa hadapan;
5. Sebenarnya larangan berperang terhadap sesuatu kekuasaan yang syirik dan kufur hanyalah terhad kepada Rasulullah saw di zaman Mekah sahaja dan tidak dimaksudkan kepada kita kini;
6. Ini adalah kerana terdapat ayat-ayat PERANG dalam Islam seperti ayat-ayat Hajj 39, 40, Baqarah 193, an-Nisa 75, 77, Taubah 5, 29, Anfal 60, dan banyak ayat-ayat yang lain lagi yang kesemuanya bersifat UMUM dan TETAP, serta FINAL dan MUKTAMAD yang memerintah dan mewajibkan seluruh umat Islam untuk BERPERANG :
• Allah memerintahkan seluruh umat Islam untuk Berjihad dan Berperang, baik indidvidu, keluarga dan kelompok, mahupun kaum yang TIDAK TERHAD hanya kepada KERAJAAN ISLAM sahaja;
• Jihad dan Perang itu adalah untuk dioperasikan untuk SEPANJANG MASA tanpa terkhusus
7. Larangan berperang “Tahanlah tangan kamu (daripada berperang) dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat” adalah larangan yang berbentuk MARHALIYAH, iaitu yang sementara, tidak tetap, final dan muktamad , iaitu yang hanya dimaksudkan untuk dikuatkuasakan pada zaman Mekah itu sahaja;
8. Zaman kita sekarang ini adalah zaman PASCA WAHYU yang difardhu dan diwajibkan ke atas kita untuk mentaati, mematuhi dan mengikut segala ayat Allah dan perintah Allah yang diturunkan pada zaman wahyu yang berbentuk UMUM, TETAP, FINAL dan MUKTAMAD dan yang tidak memerlukan kita untuk mengikut ayat-ayat al-Quran dan peristiwa-peristiwa yang berbentuk MARHALIYAH yang berlaku pada zaman wahyu;
9. Seumpamanya solat (hanya berlaku pada saat-saat akhir), puasa, zakat dan seluruh SYARIAT ISLAM yang lain langsung tidak wujud dan tidak diamalkan oleh Rasulullah saw dan pengikut-pengikutnya yang pertamanya itu di zaman Mekah, tetapi kesemuanya itu adalah WAJIB bagi kita kini kerana kesemuanya itu adalah perintah-perintah yang berbentuk UMUM, TETAP, FINAL dan MUKTAMAD;
10. Justeru PERANG yang meskipun tidak berlaku pada zaman Mekah itu adalah WAJIB ke atas kita buat sekarang ini sebagai mana wajibnya ke atas kita amalan-amalan solat, zakat, puasa, haji dan segala SYARIAT ISLAM yang tidak wujud dan berkuatkuasa pada zaman Mekah itu – ini adalah kerana ayat-ayat perang itu kesemuanya adalah berbentuk UMUM, TETAPI, FINAL dan MUKTAMAD;
11. Sekiranya Jihad berperang itu hanya terhad kepada Kerajaan dan Negera Islam sahaja, ianya bererti seolah-olah seseorang individu, kelompok dan kaum itu tidak diperintahkan Allah untuk berperang sedangkan kezaliman dan penindasan sedang berleluasa dan bermaharajalela ke atas manusia tanpa batasan – hal ini adalah berkontradiksi dengan perintah Allah (2:193; 4:75) ke atas kita , iaitu perintah supaya kita menyerang dan memerangi sesuatu kekuasaan dan kekuatan yang zalim dan menindas dan yang melakukan kezaliman dan penindasan ke atas seluruh umat manusia seperti mana yang kini terdapat dan berlaku di dalam kerajaan demokrasi Malaysia kita ini;
12. Dakwaan mereka seperti ini menolak konsep REVOLUSI ISLAM terhadap sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur, dan ianya juga menolak konsep serangan dan peperangan dalam bentuk yang OFENSIF seperti mana yang sedang dibicarakan dengan panjang lebar di dalam bab-bab Jihad dan Perang di dalam buku ini.
Inilah hujjah-hujjah yang konkerit yang menyokong kewujudan konsep Jihad, Perang dan Revolusi dalam Islam ke atas sesebuah kerajaan manusia yang justeru ianya menolak segala dakwaan batil yang diutarakan oleh pihak Hizbu at-Tahrir. Selain daripada ayat-ayat Jihad dan Perang seperti mana yang dibincangkan di atas ini, terdapat lagi ayat-ayat yang lain yang berbentuk UMUM, KEKAL dan MUKTAMAD yang memerintahkan kita supaya Berjihad dan Berperang walaupun sewaktu kita belum lagi wujud sebagai sebuah kerajaan Islam yang berkuasa dan memerintah. Nabi Musa as memerintahkan kaumnya supaya memerangi kaum yang sedang berkuasa dan memerintah di dalam satu negeri yang mengikut sesetengah riwayat, adalah dimaksudkan kepada Baitul Maqdis, manakala kaum yang diperintahkan untuk diserang dan diperangi mereka itu adalah kaum A’maliqah :
Firman Allah : al-Maidah 21
Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci yang telah ditetapkan Allah untuk kamu dan janganlah kamu mundur ke belakang nescaya kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi .
Firman Allah : al-Maidah 22
Mereka berkata,” Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada satu kaum yang gagah perkasa dan sesungguhnya kami tidak akan dapat memsukinya sehingga mereka keluar daripadanya. Oleh itu jka mereka keluar daripadanya, maka kami tetap akan memasukinya.
Firman Allah : al-Maidah 23
Lalu berkatalah dua lelaki daripada kalangan mereka yang takut kepada Allah yang telah Allah kurniakan kepada keduanya nikmat keyakinan : “Hendaklah kamu masuk menyerang mereka melalui pintu (kota) dan jika kamu memasukinya, maka kamu akan tetap mendapat kemenangan. Oleh itu hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah jika kamu benar-benar beriman.”
Firman Allah : al-Maidah 24
Mereka berkata : “Wahai Musa! Kami tidak akan memasukinya buat selama-lamanya selagi kaum itu berada di dalamnya. Oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua. Sesunggunya kami hanya akan menunggu di sini sahaja. ‘
Ini adalah ayat-ayat Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF yang berbentuk UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD, iaitu ayat-ayat yang memerintahkan kaum Nabi Musa as supaya menyerang dan memerangi kaum yang lebih besar dan kuat, padahal pada masa itu mereka itu (kaum Nabi Musa as) hanyalah satu kaum yang mengembara dan berpindah randah, dan apa yang jelasnya ialah mereka itu bukanlah satu kaum yang sedang berkuasa dan memerintah serta yang menetap di dalam sesuatu negeri. Ayat-ayat ini menyangkal teori karut dan batil puak yang menyatakan bahawa Perang dan Jihad itu hanya diperintah dan diwajibkan ke atas sesebuah kerajaan Islam dan kaumnya sahaja dan tidak ke atas sebarang golongan dan kaum daripada umat Islam yang belum lagi berkuasa dan memerintah. Mereka yang berpegang kepada teori yang karut ini adalah kaum yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka menyangkal dan menafikan ayat-ayat Allah mengenai Jihad dan Perang yang jelas dan terang!
Perintah Allah untuk berperang dan berjihad yang sebenar seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis adalah sengaja DIPUTARBELIT dan DISEMBUNYIKAN oleh musuh-musuh Islam daripada diketahui oleh massa umat Islam kita sendiri.
Firman Allah : al-Imran 187
Dan (kenangilah) ketika Allah mengikat perjanjian dengan kaum Ahlil Kitab iaitu : ‘Hendaklah kamu menjelaskan kandungan kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya’ lalu mereka melemparkan perjanjian itu ke belakang mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit alangkah kejinya tukaran yang dibuat oleh mereka.”
Firman Allah : an-Nisa 46
Di antara orang-orang Yahudi itu terdapat mereka yang mengubahkan kalam Allah daripada maksud-maksudnya yang sebenar.
Allah mengutuk dan mengecam keras terhadap Hizbu at-Tahrir kerana mereka MENYEMBUNYIKAN ayat-ayat Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF yang sebenar serta mereka MENGUBAH dan MEMUTAR BELITKAN pengertian-pengertian ayat-ayat al-Quran yang lain sehingga terhapusnya konsep Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ini dalam Islam.
Firman Allah: at-Taubah 38, 39
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu jika dikatakan orang kepadamu: “Berperanglah kamu pada jalan Allah”, lalu kamu berlambat-lambat (duduk) ditanah? Adakah kamu suka dengan kehidupan didunia ini daripada akhirat? Maka tak adalah kesukaan hidup di dunia, diperbandingkan dengan akhirat, melainkan sedikit sekali.
Jika kamu tiada mahu berperang, nescaya Allah menyiksamu dengan azab yang pedih dan Dia akan menukar kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tiada melarat kepada Allah sedikit pun. Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah: an-Nisa 77
Tidakkah engkau ketahui orang-orang yang dikatakan kepadanya: tahanlah kedua tanganmu (dari memerangi orang-orang kafir) dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat. Tatkala diperlukan peperangan atas mereka itu, tiba-tiba segolongan di antara mereka takut kepada manusia, seperti ketakutan kepada Allah, atau lebih sangat takut. Mereka itu berkata: Ya Tuhan kami, mengapakah Engkau perlukan peperangan di atas kami, mengapakah tidak Engkau undurkan (wafat) kami, hingga waktu yang dekat? Katakanlah: Kesenangan dunia cuma sedikit dan akhirat lebih baik bagi orang yang taqwa; sedang kamu tiada teraniaya sedikit pun.
Firman Allah: Sof 2, 3
Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat.
Orang-orang yang tidak melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah untuk berjihad, adalah dimurkai, dibenci, dilaknati oleh Allah swt dan akan diseksa di akhirat nanti. Di sinilah terletaknya kekuatan Islam – berjihad itu adalah satu perintah daripada Allah yang Maha Tinggi, sedangkan mengabaikan Jihad itu adalah satu pengingkaran dan kederhakaan yang besar terhadap Allah!
muhammadghazi berkata
Assalamualaikum, terima kasih wan solehah atas perkongsian yang diberikan. Memandangkan komen tersebut agak panjang, insya Allah dalam masa terdekat nanti saya akan mengeluarkan artikel sebagai respon terhadapnya. Saya percaya itu lebih sesuai daripada menjawab di sini.
Sebelum itu, boleh saya tahu dari mana wan solehah mendapat maklumat tersebut? Dan bagaimana pula sdr boleh buat kesimpulan HT itu kafir dan Taqiuddin an-Nabhani itu ejen Zionis? Benarkah pandangan HT terhadap jihad seperti yang dipaparkan?
Ringkasnya, saya ingin mengetahui dari manakah sumber artikel tersebut. Terima kasih, saya dahulukan dengan sekalung penghargaan.
Wassalam…
hamba Allah berkata
Wan Solehah ni berpegang kepada gerakan takfir ke? Baginya semua yang mengamalkan demokrasi tu kafir agaknya. Kalau tak, tentu dia takkan tergamak menyeru perang, jihad, dan revolusi terhadap mereka yang terlibat dalam demokrasi – sebab di sisi kami mereka masih lagi Muslim dan tidak jatuh kafir. Walaupun HT berpegang bahawa demokrasi itu sistem kufur, tapi tak bererti mereka yang beramal dengannya jatuh kafir. Inilah yang membezakan antara HT dan pihak yang membawa pemikiran sepertimana wan solehah.
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” [TMQ 4:93]
Sabda Rasulullah saw: “Mencela seorang muslim adalah fasik dan membunuhnya adalah tindakan kufur.” [Bukhari dan Muslim]
Dari Abu Bakrah bahwa Nabi Saw bersabda : “Apabila dua orang Muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka.” Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau ditanya : Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana dengan yang terbunuh? Beliau menjawab : “Kerana sesungguhnya ia (yang terbunuh) juga ingin membunuh saudaranya.” [Bukhari dan Muslim]
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Musnahnya dunia lebih ringan di sisi Allah daripada terbunuhnya seorang muslim.” (HR. Muslim, An Nasa’i dan At Tirmidzi)
Wallahu’alam.