apo nak dikato

Tazkirah Ringkas Menjelang Ramadhan yang Dirindui…

Posted on: Jun 23, 2009

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.

Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”

“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”

[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

Pengajaran yang diperoleh daripada hadis ini:*

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:

“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]

Berkata At-Tibi : “Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menhalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat[Tuhfatul Ahwazi, 7/193] [1]

2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya  setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;

ahzab56

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]

Antara dalil-dalil lain yang berkaitan dengan keutamaan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW:[3]

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )


3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita. Firman Allah SWT;

al-isra23al-isra24

Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan “ah!” kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan  ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil” . [al-Isra`: 23-24]

Wallahu’alam…

Nota kaki:

[1] Hadis taubat dan huraian daripada at-Tibi yang dipaparkan di atas dipetik daripada laman Ustaz Zaharuddin (UZAR). Semoga Allah memberkati sumbangannya dan sekalung penghargaan daripada saya. Artikel beliau membincangkan perihal wanita yang berzina lalu hamil dan taubatnya. Saya tidak memetik artikel tersebut sepenuhnya kerana ia tidak berkaitan secara langsung dengan entri ini. Harap maklum.

[2] Perenggan ini dipetik daripada salah satu blog milik Saudara Nawawi bin Subandi, semoga Allah memberkati sumbangannya ini dan sekalung penghargaan daripada saya. Untuk mengetahui tentang pembahasan selawat dan manfaatnya, sila klik link tersebut untuk membaca artikel berkaitan.

[3] Dipetik daripada laman multiply milik adeqshah. Semoga Allah memberkati sumbangannya dan sekalung penghargaan daripada saya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendirian saya (dalam ertikata lain, pendapat ulama’ yang saya pegang), sila baca artikel bertajuk “Pembahasan Isu Hakcipta”.

* Bahagian Pengajaran diolah oleh penulis dengan merujuk kepada sumber-sumber yang telah dinyatakan.  Pengajaran ini disampaikan secara ringkas, untuk mendapatkan huraian serta penjelasan yang lebih mendalam sila rujuk kepada asatizah yang dipercayai keilmuan mereka. Sekiranya terdapat kesalahan ataupun kelalaian dalam menyampaikan, mohon jasa baik pembaca untuk memaklumkannya kepada penulis. Terima kasih.

16 Respons to "Tazkirah Ringkas Menjelang Ramadhan yang Dirindui…"

slamat menyambut ramadhan & berpuasa (eh, betul kah ucapan ini???)
nak minta izin cilok entri ni sat tuan ghazi.
bisa kah? =D

Oh dipersilakan. Tersangatlah dialu-alukan. Cumanya kalau terdapat kekurangan ataupun kesilapan, harap dapat ditegur ya. Pegangan saya berkenaan isu hakcipta ini ada dipaparkan dalam entri saya sebelum ini – Pembahasan Isu Hak Cipta … – ghazi

p/s: Rajin sdr amir memberikan komen di sini. Adakah kita saling mengenali? Kalau tak pun, apa salahnya kita mulakan perkenalan, tak gitu… hehe …

Salam Ramadhan~

Salam

Matan hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Assalamualaikum saudara..

Mohon izin untuk cedok tulisan tuan bertajuk :Tazkirah Ringkas Menjelang Ramadhan yang Dirindui…
untuk dimuatkan dalam blog http://www.fikrahummah.blogspot.com..

Semoga dapat memberi manafaat kepada lebih ramai pembaca. insya’allah..

Wa alaikumussalam… sila sebarkan, ya akhi… Insya Allah, mudah-mudahan bermanfaat. =)

Selamat menyambut 10 malam terakhir, semoga ketemu Malam al-Qadar yang dirindui…

kenapa ya…dlm ikim hari tu ustaz tu kata hadis ni x betol…kompius saye…

Maaf sebab lambat reply. Oh ya ke? Boleh tolong perincikan? Sebab saya baru tahu yang hadis ni tak betul. Jika tak betul maka saya akan padam hadis tersebut. Terima kasih ye adik… =)

Mohon izin copy and share~

silakan… sebarkan kepada semua… insya Allah mudah-mudahan diterima sebagai amal kebajikan di sisi-Nya… ameen…

salam…
molek rasanya kalau dapat di tukar ‘beliau’ merujuk kepada Nabi Muhammad SAW kepada ‘baginda’ =)

Assalamualaikum, terima kasih sdr airun mia… Sebenarnya saya copy-paste hadis tersebut dari sebuah laman web tanpa membuat sebarang perubahan. Jika sdr ingin menyebarkannya maka sdr dipersilakan untuk membuat sebarang perubahan selagimana perubahan tersebut tidak mengubah maksud hadis tersebut… =)

Terima kasih sekali lagi…

assalamualaikum warahmatullah

ana mohon untuk dikongsikan artikel ini dalam blog ana,
sesungguhnya ana masih baru dalam dunia blogging.
jazakallah khair atas perkongsian ini.

Assalamualaikum, sdr lemontea… Silakan… Saya pun sekadar mengutip mutiara yang bertebaran di alam maya lalu disusun menjadi untaian rantai penghias tsaqafah Islami… :)

Maaf kerana lewat membalas…

Minta izin untuk mengambil hadis ini untuk dikonsikan bersama teman2 di alam siber dan juga kuliah….

Terima. Kasih,
Sudara sudara ku semua

Sama-sama.

Dipersilakan untuk menyebarkannya, mudah-mudahan sumbangan kecil ini diterima sebagai amal kebajikan di sisi-Nya… Amiin…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Jun 2009
J S A I S R K
« Mei   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 85,476 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: