apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Arkib bagi Hari 18 Disember 2008

Mangsa Kezaliman ISA – Jangan Dilupakan Mereka

DIkirim oleh muhammadghazi di Disember 18, 2008

1. Saya terdorong untuk menulis post ini setelah membaca “ALIRAN Monthly” (2008 Vol. 28 No. 8) dengan muka depannya yang memfokuskan tentang perjuangan menghapuskan ISA ["Abolish ISA - The Struggle Continues"].  (Aduhai, dalam kesibukan nak menghadapi ujian pun sempat lagi baca benda lain & berposting ye…)

2. Rasanya tidak perlulah saya nyatakan pandangan syarak mengenai ISA secara terperinci dalam post saya kali ini, kerana Islam jelas menentang kezaliman dan penganiayaan terhadap mana-mana individu. Apatah lagi menyekat hak mereka untuk menuntut pengadilan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ISA juga boleh disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi. Sudahlah kewujudannya itu tidak sah dan haram di sisi Islam, kemudian disalahgunakan pula oleh pihak yang berkepentingan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keharaman ISA di sisi Islam, saya mengesyorkan agar kalian membaca Sautun Nahdhah edisi 174 keluaran Hizbut Tahrir Malaysia. Anda boleh mencarinya dengan melawat laman web www.mykhilafah.com kemudian klik pada tab “Sautun Nahdhah”; ataupun anda boleh mengikuti URL berikut: http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1037:sn174-isa-haram-di-sisi-islam&catid=42:sautun-nahdhah&Itemid=2

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam issues | 2 Komen »