apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Arkib bagi Hari 9 Disember 2008

Takziah kepada Mangsa Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

DIkirim oleh muhammadghazi di Disember 9, 2008

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa, tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, dan fahaman politik. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Rasanya tidak perlulah saya menghuraikan secara terperinci mengenai isu ini, kerana sudah banyak blog dan juga website yang mengetengahkannya; itupun belum masuk lagi liputan daripada media massa arus perdana (mainstream).

Oleh yang demikian, cukuplah rasanya jika dirumuskan seperti berikut:

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam events, issues | Tagged: , , | 2 Komen »

Usah dilayan provokasi sebegini…

DIkirim oleh muhammadghazi di Disember 9, 2008

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat sekalian, khususnya mereka yang bergerak bersama Hizbut Tahrir, baik di Malaysia mahupun di mana-mana sudut dunia. Saya memohon supaya kalian tidak termakan dan melenting dengan provokasi yang cuba dimainkan oleh penulis blog “Bendahara Tun Perak” melalui post-nya yang bertajuk “Hizbut Tahrir : Ada Menyusahkan, Tiada Tidak Beri Apa-Apa Kesan Pun Pada Ummah”.

Sengaja saya menulis nasihat ini dalam Bahasa Melayu, kerana post yang berbau provokasi tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu, dan akan hanya difahami oleh mereka yang memahami bahasa Melayu. Oleh itu, nasihat saya ini difokuskan kepada penggerak-penggerak (baik syabab mahupun darisin sekalian) Hizbut Tahrir di Nusantara (Malaysia dan Indonesia).

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Tagged: , , , | Leave a Comment »