[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
@@@@@
Malam ke-21 Ramadhan sudahpun berlalu… Beruntunglah sesiapa yang berjaya menghayati dan merasai malam al-Qadar, yang mana lebih baik daripada seribu bulan.
Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam:
“Carilah (lailatulqadr) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
Hadis Riwayat Muslim
Fastabiqul khairat!
