apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Arkib bagi Hari 8 September 2008

Kalau dah benci, cara guna komputer pun menjadi isu

DIkirim oleh muhammadghazi di September 8, 2008

Dalam sebuah portal komuniti (bukan ukhwah.com), ada sebuah topik yang dibuka oleh ahlinya, khusus untuk mensensasikan isu cara penggunaan komputer oleh Datuk Seri Pak Lah ketika dalam sebuah majlis. Saya tak berniat untuk menyatakan nama portal tersebut, namun sekiranya kalian mengetahuinya, ataupun kalian sendiri yang terlibat dalam mensensasikan isu tersebut, maka saya nasihatkan supaya kita sama-sama memuhasabah dan menginsafi diri…

Sebelum itu, ingin saya maklumkan bahawa tujuan saya menulis post ini bukanlah untuk membela Datuk Seri Pak Lah. Sebaliknya saya berhasrat untuk mengajak kita semua merenung kembali apa sebenarnya yang telah dilakukan, sama ada kalian masih lagi di landasan yang asal ataupun sudah tergelincir. Apa sebenarnya yang kalian perjuangkan?

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam issues, santai | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Budaya Copy-Paste: Jadilah seorang ‘blogger’ yang bertanggungjawab

DIkirim oleh muhammadghazi di September 8, 2008

Perbuatan ‘copy-paste’ boleh dikatakan telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan bloggers. Sebahagian besar blog yang pernah saya kunjungi mengandungi artikel-artikel yang dikarang oleh orang lain. Bahkan ada yang diambil bulat-bulat daripada penulisan asal. Ada yang menyatakan sumber yang dipetik, dan ada juga yang tidak berbuat demikian. Kadang-kadang, apabila saya mencari sesuatu isu melalui enjin carian gelintar (i.e. google,yahoo dsb), result yang keluar kebanyakannya berulang-ulang walaupun daripada laman web / weblog yang berbeza. Perbuatan ‘copy-paste’ ini turut dikenali dengan istilah ‘plagiarism’ atau dalam bahasa mudahnya, menciplak.

Di sesetengah negara (termasuklah di Malaysia), dan juga di institusi-institusi seperti universiti, perbuatan menciplak merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di fakulti saya, seandainya perbuatan ini terbongkar, maka tindakan yang berat boleh dikenakan berdasarkan budi bicara pihak pentadbiran. Bahkan boleh disekat daripada mengambil peperiksaan.

There is no copyright in Islam; instead there is always right to copy

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam issues, santai | Tagged: , , , , | 1 Komen »