Arkib bagi Bulan September 2008
DIkirim oleh muhammadghazi di September 30, 2008
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WA LILLAHIL HAMD
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabat-sahabatnya serta sesiapa sahaja yang mencurahkan taat setia dan mengikut baginda, sesiapa sahaja menuruti jejak langkah baginda dalam memperjuangkan akidah Islam sebagai asas pemikirannya dan menjadikan hukum-hukum syarak sebagai kayu ukur perbuatannya serta sumber undang-undangnya.
Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya bersumberkan dari Muhammad Bin Ziyad ra yang berkata,
“Aku mendengar Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, atau ia (Abu Hurairah) berkata, ‘Abu Al-Qasim (saw) bersabda: Berpuasalah kalian apbila melihat hilal dan berbukalah (berhari rayalah) apabila melihat hilal, dan jika kalian tidak nampak akannya, maka genapkanlah Sya’ban 30 hari”
Setelah melihat hilal di bulan syawal hari semalam (Isnin – 29 Ramadhan), secara syari’enya, hilal telah disahkan dilihat di beberapa negara umat Islam. Oleh yang demikian, hari ini (Selasa – 1 syawal) adalah hari raya Idul Fitri.
Dalam kesempatan ini, Amir Hizbut Tahrir sedunia al-Alim ‘Atha’ Bin Khaleel Abu Al-Rashta (semoga Allah melindungi beliau), memohon kepada Allah agar merahmati umat ini dan sesiapa sahaja yang telah memperjuangkan risalah Allah. Allahu Akbar! Semoga Allah melindungi umat ini dan menerima segala ibadat kita di sepanjang Ramadhan dan semoga Allah memuliakan umat ini dengan kedatangan Daulah Khilafah al-Rasyidah tidak lama lagi.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, wa lillahil hamd.
Ketua pejabat media Hizbut Tahrir dan kesemua warga kerjanya dengan ini mengucapkan tahniah kepada semua Muslim di hari raya Idul Fitri ini, dan kami memohon kepada Allah agar merahmati umat Islam dengan kedatangan seorang Khalifah Rasyidah yang mana kita akan berjuang dan berlindung di belakangnya.
Semoga Allah swt menerima ibadat kami dan ibadat kalian.
Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu.
Sambutan Idul Fitri 1 Syawal 1429H adalah bersamaan dengan 30 September 2008.
[sumber: hizb-tahrir.info]
Dikirim dalam events | Tagged: eid, hizbut tahrir, ht, islam, raya, syawal | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 27, 2008

Karyaku I
[Dihasilkan menggunakan Microsoft Powerpoint 2007, khat diambil dengan izin daripada awangpurba.blogspot.com, manakala gambar ketupat dan lemang diambil secara rawak daripada carian google.com. Terima kasih kepada penyumbang sekalian...]

ikhlas daripada HTM
Dikirim dalam events, santai | Tagged: aidilfitri, art, awangpurba, creative, eid, khat, raya | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 27, 2008
It’s my very own 50th post. I wonder how far have I been since I wrote (read: type) since the first post. I’m not that perfect, but I’ve tried my best to make sure that everything that I’ve posted in this blog is true and doesn’t hurt anybody’s feeling. But, still, I am human, normal as I can be. Mistakes might have been done. Thus, I would like to apologize for any mistakes or harm that I’ve done to others.
It’s been quite some time since the last time I posted in English, and most of my posts are in Bahasa. It’s not that I don’t want to write in English. It’s just that I feel comfortable to write in Bahasa since it is my native tongue. Perhaps in the future I should write more in English, so that I can share my thoughts with broader audience. But please excuse my terrible command of language and not forgetting the grammatical errors. I will try my best to improve my language, both Bahasa and English. Maybe in near future, I will learn other languages like Arabic, German, French, Tamil, Cantonese etc. But the upmost priority will be Arabic, since it is the language of Islam. The Holy Quran and the Hadis are in Arabic. And loads of Islamic fiqh, Syarah Hadis, Tafsir of Quran (Ibn Kathir for example) are also written in Arabic.
Long Way to Go
Yet, it is still a long way to go… 50 posts are too small as compared to others who had already been writing and sharing their thoughts for years. There are still a lot of things to be learned and re-learned from time to time. There are still a lot of things to share, to be criticized (in healthy manner), to be questioned, to be answered, and to be exposed.
I need to be strong, I need to be prepared. I need to equip myself so that I am able to provide in-depth and concise views regarding various topics and issues.
But, let us not forget that blogging is not the one and only mean to share and spread the Risalah. Thus, I must balance between writing in this blog with my life in the real world.
Thank you for reading my blogs, thank you for sharing your thoughts and criticisms. They really helped me to improve my writing skills, my ability to organize my thoughts, and also myself in general. Thank you again… I hope that you will continue to comment, criticize, and also share your opinion in the future…
I think that’s about it, till we meet again…
Dikirim dalam santai | Tagged: 50th, post, thoughts | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 25, 2008
Post ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, juga bukan untuk menguntungkan lawannya. Sebaliknya post ini ditulis (baca:taip) dengan tujuan untuk menyedarkan kita semua betapa rosaknya umat Islam pada hari ini, sehinggakan di kalangan pemimpin pun tergamak melakukan perbuatan sedemikian. Diri sendiripun tidak terpimpin, bagaimana hendak memimpin masyarakat? Namun jangan pula melihat saya sebagai berat sebelah pula dengan menyiarkan isu ini. Bukan dia seorang saja yang sebegitu, masih ada lagi di kalangan pemimpin yang korup dan rosak moralnya. Cuma tak terbongkar saja…
Antara isu ingin saya ketengahkan juga ialah betapa licik dan kotornya strategi yang digunakan semata-mata untuk menjatuhkan lawan. Di samping itu, saya juga ingin mengingatkan kita semua (terutamanya diri saya) agar tidak membutakan mata, memekakkan telinga berkenaan sesuatu isu semata-mata kerana si pelaku tersebut dari kalangan kita (misalnya parti politik yang sama).
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Bila hilang budaya malumu lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki.
– HR. Bukhari
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam issues, tsaqafah | Tagged: adun, bpr, pkr, skandal seks | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 25, 2008
Isu kandungan melamine dalam produk tenusu yang dihasilkan di China bukanlah suatu yang patut dipandang remeh kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kebersihan makanan atau minuman yang kita ambil.
Persoalannya, mengapa para pengilang di China tergamak melakukan perbuatan sedemikian? Bila difikirkan, barulah disedari bahawa perbuatan ini semua terdorong dek rasa tamak dan inginkan keuntungan yang lebih; tanpa menghiraukan keselamatan para pengguna. Hal ini kerana melamine adalah murah dan boleh meningkatkan kandungan protein dalam produk.
Sungguhpun demikian, harap tidak ada yang menilai post saya ini daripada perspektif perkauman. Saya tak berniat untuk menyalakan sentimen tersebut. Bahkan saya langsung tidak menyalahkan orang Cina secara keseluruhannya semata-mata kerana kejahatan/penyelewengan segelintir orang Cina. Ada segelintir pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat ’stereotyping’ dengan menyatakan bahawa orang Cina tamak-tamak belaka. Perbuatan ini teramatlah tidak bertanggungjawab dan tidak jauh berbeza daripada racism. Oleh yang demikian hendaklah kita menghindari diri daripada mengeluarkan pernyataan sedemikian.
Apabila diri sudah dikaburi dengan kekayaan dan harta benda, tak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Arab, English, Irish, atau Jepun sekalipun, tak mustahil boleh melakukan perbuatan yang sama.
Sesungguhnya tragedi sebegini merupakan produk Kapitalisme yang menjadikan ‘manfaat’ sebagai tolok ukur sesuatu perbuatan. Kapitalisme melihat bahawa kebahagiaan itu dapat dicapai dengan cara mendapatkan nikmat material semaksimum mungkin. Oleh yang demikian, daripada konsep inilah maka kilang-kilang tersebut tergamak melakukan perbuatan sedemikian demi meraih keuntungan maksimum dengan kos yang minimum. Tragedi ini merupakan testimoni kepada kebobrokan kapitalisme dan juga konsep yang membentuk sistem tersebut.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam issues | Tagged: China, kapitalisme, melamine, susu | 3 Komen »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 21, 2008

Malam al-Qadar
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
@@@@@
Malam ke-21 Ramadhan sudahpun berlalu… Beruntunglah sesiapa yang berjaya menghayati dan merasai malam al-Qadar, yang mana lebih baik daripada seribu bulan.
Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam:
“Carilah (lailatulqadr) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
Hadis Riwayat Muslim
Fastabiqul khairat!
Dikirim dalam events, tsaqafah | Tagged: islam, lailatul qadar, malam qadar, tazkirah ringkas | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 20, 2008
Partai Keadilan Sejahtera (PKS) merupakan sebuah parti politik yang berjuang melalui keterlibatan dalam sistem pemerintahan Indonesia, dan menyertai Pemilu (pilihanraya umum) di Indonesia. Hizbut Tahrir pula merupakan sebuah parti politik yang menolak sebarang keterlibatan dalam sistem yang sedia ada, baik demokrasi berparlimen mahupun demokrasi republik dsb. Wujudkah titik pertemuan yang boleh menyelaraskan gerak kerja kedua-dua gerakan tersebut yang merupakan sebahagian daripada mata-mata rantai yang meneruskan kesinambungan dakwah Rasulullah saw?
Sedangkan jika dilihat, penentangan HT terhadap keterlibatan dalam demokrasi sedikit sebanyak pasti akan membantutkan usaha PKS dalam perjuangan mereka melalui demokrasi. Secara logiknya, pasti akan timbul perselisihan dan rasa kurang senang antara kedua-dua gerakan tersebut. Namun hakikatnya, perkara ini tidak terjadi seteruk yang disangkakan di negara jiran kita. Oleh yang demikian, ada baiknya jika saya kongsikan kepada para pengunjung sekalian, sebuah artikel yang memberikan serba sedikit gambaran berkenaan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua gerakan ini. Mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar bersama kepada kita di Malaysia.
Jika di Malaysia pula, bolehkah PAS yang berjuang melalui demokrasi, dan HT, yang mendokong aspirasi khilafah untuk bekerjasama dan saling melengkapi?
Mustahilkah akan wujudnya usahasama ataupun sinergy antara kedua-dua gerakan ini, setidak-tidaknya, mereka saling melengkapi antara satu sama lain?
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam issues, santai | Tagged: ht, infantery, islam, marinir, PAS, PKS | 1 Komen »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 11, 2008

Sesekali saya nak berbicara menerusi gambar pula…
Aspirasi Umat Islam
Towards Political Unity
al-Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah
Janji Allah melalui hadis Rasulullah saw;
“…dan selepas itu akan kembali khilafah yang mengikut minhaj kenabian…”
Hadis Riwayat Ahmad
Dikirim dalam Uncategorized | Tagged: islam, khilafah, khilafah minhaj nubuwwah, pictures, political unity, unity | Leave a Comment »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 10, 2008
Saya dan HT pada Hari ini
Saya masih lagi meneruskan pengkajian bersama HT sehingga ke hari ini; dan sekarang sedang mengkaji buku Nizamul Islam karya Taqiuddin an-Nabhani dalam halaqah. Buku tersebut merupakan salah-satu daripada buku-buku mutabannat (yang mesti dikaji dan ‘dibedah’ oleh daris). Bukan bertujuan untuk mendoktrin semata, sebaliknya bagi melahirkan kesepaduan fikrah demi menjamin keberlangsungan jamaah. Seandainya fikrah yang ada dalam setiap ahli bercampur-aduk, maka ini akan menyukarkan gerak kerja tanzim (organisasi). Ini telah terbukti sekiranya kita meneliti sebuah harakah Islam yang tidak mempunyai fikrah yang clear-cut untuk ahlinya. Natijahnya timbul team-team kecil dalam gerakan tersebut (you-know-who).
Sekiranya ada antara kalian yang tak bersetuju dengan pendekatan sedemikian, terpulanglah. Jangan anggap ianya bertujuan untuk melahirkan golongan fanatik, kerana kami juga digalakkan untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama’ lain. Pentarbiyahan HT ini berperanan membentuk kerangka berfikir dan mencorak syakhsiyah Muslim sahaja. Bahkan kepimpinan HT (termasuk yang di peringkat global) sentiasa terbuka kepada teguran. Mekanisme muhasabah berjalan di setiap peringkat, dan kami dididik supaya tidak mengagungkan dan memandang tinggi ketokohan.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam santai | Tagged: hizbut tahrir, ht, islam, pengalaman | 10 Komen »
DIkirim oleh muhammadghazi di September 10, 2008
Semenjak dari itu, keinginan untuk lebih mengenali HT semakin bertambah dari hari ke hari. Namun disebabkan saya tak mengetahui siapa yang harus dihubungi, dan juga disebabkan saya telah mengenali fikrah IM melalui seorang kenalan, maka hasrat saya tertangguh buat seketika… Saya diperkenalkan dengan bentuk pentarbiyahan IM melalui ‘proksi’nya di Malaysia, dan mengikuti usrah ala IM buat pertama kalinya ketika itu. Insya Allah, pengalaman kecil saya sepanjang bersama gerakan-gerakan yang mempunyai fikrah Islam dan manhaj IM ini akan dikongsikan dalam siri yang lain. Pentarbiyahan saya bersambung ketika saya memasuki tahun pertama pengajian, namun dengan sebuah wadah lain yang turut menggunakan fikrah IM. (turut akan dikongsikan kemudian, insya Allah)
Pada semester kedua tahun pertama, pihak kolej telah membuat rombakan bilik. Pelajar first year dikehendaki berkongsi tiga orang sebilik dalam sebuah bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang. Saya ditempatkan ke sebuah bilik dengan dua orang roommate baru. Seorang yang happy-go-lucky, seorang pula yang mempunyai link dengan jemaah Islam. Rakan saya yang pertama tu seringkali tiada di bilik, atas dua sebab. Pertama, kerana dia suka belajar bersendirian di luar (library agaknya), kedua disebabkan dia gemar keluar (chill out).
Rakan kedua saya tu pulak merupakan seorang yang berkarisma dan juga mempunyai potensi kepimpinan. Atas sebab itulah dia menjadi perhatian senior-senior yang nak merekrut ahli. Ada beberapa gerakan Islam di kampus yang mendekatinya. Guess what? Sudah semestinya salah satu daripadanya ialah HT. Daripada dialah saya berkesempatan mengenali HT lebih mendalam melalui halaqah yang diadakan. Daripadanya jualah saya berpeluang untuk mengenali beberapa orang syabab HT.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam santai | Tagged: hizbut tahrir, ht, islam, pengalaman | Leave a Comment »