Saya masih lagi tidak tahu apakah punca sebenar-benarnya yang menyebabkan buku “Pelik tapi Benar dalam Solat” (PTBDS) itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri sehinggalah ke saat post ini dihasilkan. Saya pernah membelek-belek buku tersebut beberapa kali sebelum ini; pertama kali saya menemuinya ialah sewaktu saya mencari buku untuk dijadikan hadiah kepada seorang teman beberapa bulan dahulu. Walaupun terdapat banyak perkara “pelik” yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, namun pada hemat saya, tidaklah sampai “boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat” (seperti kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KDN).
Arkib bagi Hari 18 Ogos 2008
Pelik tapi Benar dalam Solat… mengapa diharamkan?
DIkirim oleh muhammadghazi di Ogos 18, 2008
Dikirim dalam issues, tsaqafah | Tagged: islam, kdn, pelik tapi benar, salafi, solat, tajdid | 14 Komen »