DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 15, 2008
Alhamdulillah, pada 15 Julai 2008 telah diadakan siaran langsung debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan DSAI di saluran TV9, Astro Awani, dan juga Bernama TV. Daripada debat ini, kita dapat menilai sendiri apakah kerangka yang membentuk pemikiran yang dibawa oleh kedua-dua pihak, khususnya berkaitan tentang isu kenaikan harga minyak. Kita juga akan dapat menilai apakah langkah-langkah yang bakal dikemukakan oleh DSAI bagi mengurangkan kemelut kenaikan harga minyak ini.
Sekiranya kerangka kapitalis yang dijadikan panduan, maka saya tak yakin masalah ini akan dapat ditangani dengan baik. Kerana masalah ini timbul disebabkan oleh penerapan sistem kapitalis itu sendiri in the first place ! Saya juga nak lihat apakah mereka merujuk kepada sumber-sumber Islam (al-Quran,as-Sunnah,ijma’ dan qiyas) dalam mencari penyelesaian; ataupun mereka berkiblatkan sistem ekonomi Barat yang lahir daripada akal manusia yang terhad tanpa bimbingan wahyu daripada Pencipta yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu…
Amat malang sekali bagi seorang pemimpin yang mengakui beragama Islam, namun tidak menjadikan Islam sebagai petunjuk dalam membuat sebarang tindakan. Dan lebih malang lagi, jika pemimpin tersebut mengagung-agungkan sistem buatan manusia yang tidak berteraskan aqidah Islam. Semoga Allah mengampuni kita semua lalu menyedarkan kita terhadap kewajipan yang telah sekian lama diabaikan… Amin…
Wallahu’alam…
Sudilah membaca komen yang telah saya post-kan. Sekiranya berkelapangan, boleh kemukakan pandangan anda… Saya dahului dengan ucapan terima kasih…
Dikirim dalam events | Tagged: anwar, debat, minyak, politik, shabery | 6 Komen »
DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 15, 2008
Pada kesempatan yang ada di celah-celah kesibukan yang melanda, saya ingin mengucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat sekalian, selamat meraikan ketibaan bulan Rejab, yang akan disusuli oleh bulan Syabaan, dan seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Marilah kita mempersiapkan diri dengan segala macam persediaan bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Kita sama-sama hidupkan amalan-amalan kebaikan baik yang bersifat khusus (seperti puasa sunat, zikir, membaca al-Quran, apatah lagi amal ibadah yang wajib), mahupun yang umum. Madrasah Ramadhan ini hanya datang menjenguk sekali sahaja saban tahun. Siapa tahu, mungkin telah ditakdirkan Allah bahawa Ramadhan kali ini merupakan yang terakhir bagi kita. Bahkan belum tentu kita akan berkesempatan untuk menikmatinya seandainya kita dijemput pergi sebelum tibanya bulan al-Mubarak tersebut. Ajal maut datang tanpa disangka-sangka. Bersediakah kita andainya tiba-tiba kita dijenguk oleh Malaikat Maut? Sudah cukupkah bekalan kita dalam menempuh alam barzakh dan hari pengadilan kelak? Sama-samalah kita renungkan serta muhasabah semula diri kita, terutamanya diri yang menaip ini…
Namun, janganlah pula kita hanya bersungguh-sungguh beramal ketika bulan-bulan ini sahaja. Ada di kalangan umat Islam yang mempunyai pemahaman sedemikian. Sebab itulah kita sering melihat ada saja di kalangan kenalan kita yang begitu tawaduk dan rajin beribadah ketika Ramadhan, namun tidak serancak itu sesudah berlalunya Ramadhan. Seolah-olah bermusim pula. Sewajarnya kita beristiqamah dalam beramal sepanjang tahun. Sesungguhnya amal yang sedikit namun istiqamah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak, namun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Teguran kepada semua, khususnya diri ini…
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam tsaqafah | Tagged: ibadah, islam, ramadhan, rejab, syaban | 2 Komen »