Sudah agak lama juga saya tak menulis (menaip) dalam blog saya ni. Bila nak mula menulis semula, rasa macam tersangkut pula… Maklumlah, penulisan bukanlah profession saya. Saya menulis ni pun atas kesedaran sendiri dan tidak menerima sebarang latihan khas, melainkan apa yang telah ditunjuk ajar oleh guru-guru saya semasa di sekolah dahulu. Jadi, buat kesekian kalinya saya memohon maaf sekiranya terdapat cacat-cela pada penulisan saya, baik dari segi tatabahasa mahupun gaya bahasa yang digunakan…
Mubahalah dan Qazaf
Keinginan umat Islam untuk kembali kepada syariat Islam semakin ketara khususnya kebelakangan ini. Umat semakin cenderung merujuk kepada syariat Islam dalam mencari penyelesaian. Ini merupakan perkembangan yang positif. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua ini merupakan berkat usaha para pendakwah baik yang bergerak secara persendirian mahupun secara berjemaah seperti yang dilakukan oleh jamaah Tabligh, PAS, JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, PERKIM, MACMA dan sebagainya (just to name few) yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menegakkan deen Allah di muka bumi. Tidak dilupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan seperti JAKIM dan BAHEIS.
Dalam isu tuduhan liwat DSAI baru-baru ini, umat Islam baik dari kalangan pemimpin, ulama’ dan juga rakyat kembali merujuk kepada perundangan Islam. Mufti Perlis, Dr. MAZA menganjurkan supaya kedua-dua belah pihak ber’mubahalah’, manakala DSAI sendiri membuat laporan qazaf terhadap Saiful.