apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Arkib bagi Bulan Julai 2008

“…It is the courage to continue that counts…”

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 31, 2008

“Success is not final, failure is not fatal; it is the courage to continue that counts…” Winston Churchill.

Sewaktu tengah berehat sekejap setelah bergelut dengan nota kuliah dan juga buku-buku ilmiah yang tebalnya setengah inci, saya pun meluangkan masa untuk surf internet sekejap sementara nak menunggu masuk waktu Maghrib ni… Dalam saya “merayau-rayau” di internet tu, saya terjumpalah sebuah petikan kata-kata seorang tokoh pemimpin British era Perang Dunia Kedua dulu, Winston Churchill. Saya benar-benar tertarik dengan kata-kata beliau yang saya quote di atas tu. Kebetulan pula waktu ni saya tengah berdepan dengan musim peperiksaan. Sedikit-sebanyak kata-kata tersebut memberikan rangsangan kepada saya untuk terus berusaha, walau apapun keputusan yang akan saya peroleh kelak. Segalanya masih belum berakhir… Keberanian untuk meneruskan perjuangan itulah yang menjadi penentu…

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam santai | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Debat Shabery-Anwar: Mari Menilai Kerangka Pemikiran Mereka (updated)

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 15, 2008

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2008 telah diadakan siaran langsung debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan DSAI di saluran TV9, Astro Awani, dan juga Bernama TV. Daripada debat ini, kita dapat menilai sendiri apakah kerangka yang membentuk pemikiran yang dibawa oleh kedua-dua pihak, khususnya berkaitan tentang isu kenaikan harga minyak. Kita juga akan dapat menilai apakah langkah-langkah yang bakal dikemukakan oleh DSAI bagi mengurangkan kemelut kenaikan harga minyak ini.

Sekiranya kerangka kapitalis yang dijadikan panduan, maka saya tak yakin masalah ini akan dapat ditangani dengan baik. Kerana masalah ini timbul disebabkan oleh penerapan sistem kapitalis itu sendiri in the first place ! Saya juga nak lihat apakah mereka merujuk kepada sumber-sumber Islam (al-Quran,as-Sunnah,ijma’ dan qiyas) dalam mencari penyelesaian; ataupun mereka berkiblatkan sistem ekonomi Barat yang lahir daripada akal manusia yang terhad tanpa bimbingan wahyu daripada Pencipta yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu…

Amat malang sekali bagi seorang pemimpin yang mengakui beragama Islam, namun tidak menjadikan Islam sebagai petunjuk dalam membuat sebarang tindakan. Dan lebih malang lagi, jika pemimpin tersebut mengagung-agungkan sistem buatan manusia yang tidak berteraskan aqidah Islam. Semoga Allah mengampuni kita semua lalu menyedarkan kita terhadap kewajipan yang telah sekian lama diabaikan… Amin…

Wallahu’alam…

Sudilah membaca komen yang telah saya post-kan. Sekiranya berkelapangan, boleh kemukakan pandangan anda… Saya dahului dengan ucapan terima kasih…

Dikirim dalam events | Tagged: , , , , | 6 Komen »

Rejab,Syabaan, dan Ramadhan… Sudahkah kita bersedia?

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 15, 2008

Pada kesempatan yang ada di celah-celah kesibukan yang melanda, saya ingin mengucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat sekalian, selamat meraikan ketibaan bulan Rejab, yang akan disusuli oleh bulan Syabaan, dan seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Marilah kita mempersiapkan diri dengan segala macam persediaan bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Kita sama-sama hidupkan amalan-amalan kebaikan baik yang bersifat khusus (seperti puasa sunat, zikir, membaca al-Quran, apatah lagi amal ibadah yang wajib), mahupun yang umum. Madrasah Ramadhan ini hanya datang menjenguk sekali sahaja saban tahun. Siapa tahu, mungkin telah ditakdirkan Allah bahawa Ramadhan kali ini merupakan yang terakhir bagi kita. Bahkan belum tentu kita akan berkesempatan untuk menikmatinya seandainya kita dijemput pergi sebelum tibanya bulan al-Mubarak tersebut. Ajal maut datang tanpa disangka-sangka. Bersediakah kita andainya tiba-tiba kita dijenguk oleh Malaikat Maut? Sudah cukupkah bekalan kita dalam menempuh alam barzakh dan hari pengadilan kelak? Sama-samalah kita renungkan serta muhasabah semula diri kita, terutamanya diri yang menaip ini…

Namun, janganlah pula kita hanya bersungguh-sungguh beramal ketika bulan-bulan ini sahaja. Ada di kalangan umat Islam yang mempunyai pemahaman sedemikian. Sebab itulah kita sering melihat ada saja di kalangan kenalan kita yang begitu tawaduk dan rajin beribadah ketika Ramadhan, namun tidak serancak itu sesudah berlalunya Ramadhan. Seolah-olah bermusim pula. Sewajarnya kita beristiqamah dalam beramal sepanjang tahun. Sesungguhnya amal yang sedikit namun istiqamah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak, namun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Teguran kepada semua, khususnya diri ini…

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam tsaqafah | Tagged: , , , , | 2 Komen »

Mubahalah dan Qazaf di negara sekular..?

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 10, 2008

Sudah agak lama juga saya tak menulis (menaip) dalam blog saya ni. Bila nak mula menulis semula, rasa macam tersangkut pula… Maklumlah, penulisan bukanlah profession saya. Saya menulis ni pun atas kesedaran sendiri dan tidak menerima sebarang latihan khas, melainkan apa yang telah ditunjuk ajar oleh guru-guru saya semasa di sekolah dahulu. Jadi, buat kesekian kalinya saya memohon maaf sekiranya terdapat cacat-cela pada penulisan saya, baik dari segi tatabahasa mahupun gaya bahasa yang digunakan…

Mubahalah dan Qazaf

Keinginan umat Islam untuk kembali kepada syariat Islam semakin ketara khususnya kebelakangan ini. Umat semakin cenderung merujuk kepada syariat Islam dalam mencari penyelesaian. Ini merupakan perkembangan yang positif. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua ini merupakan berkat usaha para pendakwah baik yang bergerak secara persendirian mahupun secara berjemaah seperti yang dilakukan oleh jamaah Tabligh, PAS, JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, PERKIM, MACMA dan sebagainya (just to name few) yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menegakkan deen Allah di muka bumi. Tidak dilupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan seperti JAKIM dan BAHEIS.

Dalam isu tuduhan liwat DSAI baru-baru ini, umat Islam baik dari kalangan pemimpin, ulama’ dan juga rakyat kembali merujuk kepada perundangan Islam. Mufti Perlis, Dr. MAZA menganjurkan supaya kedua-dua belah pihak ber’mubahalah’, manakala DSAI sendiri membuat laporan qazaf terhadap Saiful.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam issues | Tagged: , , , , | 2 Komen »

Politik di Malaysia = Politik Ketokohan?

DIkirim oleh muhammadghazi di Julai 1, 2008

Saya sekadar menulis bagi mengisi masa rehat selepas penat ‘bersilat’ dengan buku dan nota kuliah (exam dah dekat~)… Jadi maaflah kalau perbincangan ini dilihat sebagai tidak relevan dan bersifat picisan oleh sesetengah pihak. Apa-apapun, sebarang komen dan kritikan teramatlah dialukan…

Saya menulis (menaip) atas kapasiti selaku seorang pemerhati amatur (dan tak bertauliah) terhadap perkembangan politik di Malaysia. Jadi pandangan saya ni boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Semenjak pilihanraya umum 2008 dahulu, saya dapati bahawa politik di Malaysia semakin menjurus kepada “politik ketokohan” dan semakin lari daripada fungsi politik itu sendiri iaitu untuk mengurus urusan umat. Jika diteliti media massa dan media elektronik, saban hari kita akan dapati bahawa isu yang menjadi headline kebanyakannya berkisarkan keperibadian dan juga ketokohan seseorang pemimpin, baik dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Yang terbaru, isu kes liwat yang melibatkan DSAI. Sejauh mana kebenarannya, wallahu’alam. Saya berpegang kepada prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan sabit kesalahan’ (innocent until proven guilty). Sebelum-sebelum ini juga, kebanyakan isu yang dimainkan juga melibatkan peribadi individu; antara lain, isu Altantuya yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dan juga TPM (ada yang menggelar beliau sebagai Mr. C4). Ada juga yang memainkan isu tidur YAB Pak Lah dan juga isu ‘mengikut telunjuk menantu’ serta ‘ura-ura undi tak percaya’. Ada pula yang menyebarkan dakwaan palsu bahawa Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz membawa ajaran menyimpang (saya tak pasti sama ada isu ini mempunyai motif politik ataupun tidak).

Kalau tak menyentuh peribadi pemimpin, isu-isu yang berlegar akan melibatkan parti-parti seperti BN,PR,UMNO,PAS,PKR. Seolah-olah berlaku situasi di mana pihak-pihak tersebut saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Bahkan isu-isu yang melibatkan rakyat pun turut diterjemahkan dalam situasi sebegini. Contohnya isu ladang babi mega; pihak kerajaan negeri dan ‘bekas’ kerajaan negeri saling menuding jari. Sudahnya pemimpin Muslim tersepit di tengah-tengah kemelut ini. Tersepit antara tuntutan syarak dan juga menjaga hati pengundi non-Muslim.

Hatta perbuatan amar makruf nahi mungkar sekalipun disensasikan dan dikaitkan dengan ‘politik ketokohan’ ini. Misalnya kes konsert Ella dan Mas Idayu. Dalam isu ini, Pemuda PAS Selangor dihentam habis-habisan oleh sesetengah pihak. Alhamdulillah, pihak pimpinan PAS dilihat berupaya menguruskan isu ini dengan baik setakat ini biarpun dikecam hebat oleh pihak yang berkepentingan. Mungkin pendekatan awal yang diambil kurang berhemah, namun usaha sebegini seharusnya diteruskan tanpa berkompromi dalam hal-hal yang tidak diizinkan syarak untuk berkompromi. Apapun, tahniah diucapkan. Semoga Allah memberkati usaha kita di jalan yang haq.

Tidak lupa juga, isu kenaikan harga minyak dan juga isu harga makanan turut dijadikan ‘modal’ untuk menjatuhkan lawan. “Krisis kenaikan harga minyak berpihak kepada kita,” ujar seorang pemimpin. Sedangkan isu ini sebenarnya melibatkan mekanisme yang lebih besar, di mana peranan kerajaan hanyalah merupakan sebahagian daripada puncanya. Umum hanya melihat faktor kerajaan yang memerintah sebagai punca utama krisis harga minyak dan komoditi lain ini. Hakikatnya, semua ini adalah manifastasi daripada penerapan sistem yang sedia ada di negara ini dan juga di peringkat global. Hakikat ini seolah-olah cuba disembunyikan bagi mewajarkan keberlangsungan sistem kapitalis campuran di negara kita khususnya. Namun perlu diingat, sehebat manapun kita cuba menutup bau bangkai dengan bergelen-gelen minyak wangi, tetap akan terbongkar juga akhirnya. Sebilangan umat telah sedar akan hakikat ini. Walaupun bilangannya tidak begitu ramai jika nak dibandingkan dengan pihak yang bermati-matian mendokong sistem ini, namun ia tetap signifikan dan akan terus berkembang dalam masyarakat.

Dan seperti yang kita semua sedia maklum, pentas utama yang menjadi gelanggang ‘pertarungan’ ini tentunya negeri Selangor, tempat saya bermaustautin. Ada juga isu melibatkan Pulau Pinang dan juga Kedah, namun tidak serancak di Selangor. Isu di Kelantan sesekali kedengaran, misalnya isu gincu dan kasut tumit.

KE MANA HALA TUJU POLITIK DI MALAYSIA?

Adakah akan berlanjutan sebegini, sehingga mengabaikan peranan sebenar politik itu sendiri? Adakah isu ’siapa yang bakal menjadi PM’ lebih utama daripada kebajikan rakyat? Adakah isu ‘lompat parti’ lebih aula berbanding proses membangunkan sosioekonomi dan taraf hidup rakyat? Adakah isu ‘menjaga hubungan antara pakatan’ lebih utama daripada menegakkan deen Allah di mukabumi?

Saya tak menafikan tuntutan memuhasabah pemimpin, namun bukan begini caranya. Fenomena yang sedang berleluasa di Malaysia pada ketika ini lebih menjurus kepada politik ketokohan/kepartian berbanding prinsip
memuhasabah pemimpin. Inilah yang akan terjadi apabila sistem pemerintahan corak begini yang diamalkan. Agenda kepartian mengatasi agenda rakyat. Tidak kurang juga di kalangan pemimpin ada yang mengutamakan perutnya berbanding hak-hak rakyat. Memang tidak dinafikan, ada di kalangan ahli politik yang benar-benar ikhlas mengetengahkan isu-isu rakyat. Misalnya isu rakyat Sabah yang dianak-tirikan. Namun isu ini tetap dilihat melalui jendela ‘politik ketokohan’.

Sungguhpun demikian, jangan pula pandangan saya ini disalah anggap sebagai bertujuan membiarkan rasuah dan juga salah laku pemimpin daripada dibongkar. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, yang bersalah tetap bersalah, dan wajib dibongkarkan serta dihadapkan ke muka pengadilan. Cuma, janganlah dilihat melalui perspektif politik ketokohan ataupun kepartian. Dan jangan pula dijadikan modal untuk meningkatkan populariti serta menjatuhkan lawan.

Sudah tiba masanya untuk kita menilai semula perkembangan politik di negara ini, dan seterusnya berusaha mengubatinya sebelum menjadi lebih parah. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menjadikan syariat Allah sebagai garis panduan dalam sebarang tindakan. Janganlah kita melihat Islam hanya sebagai sets of rituals yang hanya layak di-’showcase‘kan melalui bacaan doa di majlis rasmi ataupun hanya gah termaktub dalam perlembagaan selaku agama rasmi Persekutuan.

Tidak cukup dengan hanya retorik Islam is the way of life. Kita harus merealisasikannya!

Sedarlah umat!

Dikirim dalam issues | Tagged: , , | Leave a Comment »