apo nak dikato

yang dikejar, yang dikendong…

Ade ke orang yang baca blog ku ni??

DIkirim oleh muhammadghazi di Jun 6, 2008

Blogmania memang dah menjadi-jadi sejak dua menjak ni. Lebih-lebih lagi sejak kempen pilihanraya ke-12 ni. Tapi ade ke orang yang baca betul-betul ape yang ade dalam blogku ni..? Kalau semua dok rancak buat blog masing-masing, ade ke kita luangkan mase untuk baca blog orang lain? Honestly speaking, ku sendiri pun (setakat 6 Jun 2008) baru bace tiga, empat blog orang lain (dalam wordpress ni). Adesss…

Sejauh mane lah agaknye mesej yang cuba kite bawak melalui medium blog ni boleh sampai kat orang ramai, ye? Oklah, jom kite renung same-same… Dalam dunia ni berapa percent je manusia yang ade access internet. Dalam banyak-banyak orang tu, berapa ramai pulak yang tahu pasal blog-blog ni? Sebab tak semua orang gunakan internet untuk luangkan mase bace blog macam korang (ye, korang yang tengah bace post ku ni…). Ade jugak orang yang tak bermoral, pergi bukak website yang bukan-bukan. Kemudian dalam ramai-ramai bloggers dan juga pengunjung blog ni, berape ramai yang betul-betul concern dengan isu semasa, tsaqafah Islam, dan jugak topik-topik yang memerlukan kita berfikir? Berape ramai yang baca sampai habis, kemudian hayati apa yang tersurat dan yang tersirat..? Berape ramai pulak yang faham bahasa yang ku gunakan (i.e. English yang bersepah-sepah dan jugak Bahasa Melayu yang kelam-kabut)?

Bile kita amik kire semua faktor kat atas ni, akhirnya berape keratlah sangat yang akan baca post ku? Hm, berkesan ke medium blog ni?? Ataupun ku sekadar buang masa je buat blog ni..?

Persoalan untuk direnungkan, dan dijawab kalau korang ada kelapangan…

P/s: ku buat blog ni bukanlah kerna nama, juga bukan sebab nakkan keuntungan… Harap tak disalah anggap. Tapi jauh di sudut hati, terase jugak la. Takpela, nampaknye ku kena perbetulkan balik niat, lepas tu terus istiqamah.

Kepada yang senasib denganku… takpe-takpe, kite sampaikan je. Terima atau tak, itu terserah kepada-Nya. Yang penting, dah usahakan setakat yang termampu. Dalam mase yang same, gunakan pendekatan lain jugak ye. Dalam nak menyampaikan mesej ni kita kena kreatif, betul tak? Jangan kau bawak ajaran sesat & bukan-bukan sudah le… Kat Internet ni dah terlalu banyak pembohongan, penyelewengan, fitnah, umpatan… Jadi kepada bloggers sekalian, janganlah menambahkan lagi statistik perkara-perkara tersebut ye…

[post ni merupakan luahan perasaan, jadi kalau buat formal (guna gaya bahasa dan tatabahasa yang tepat) nanti skema pulak jadinye... ho ho]

3 Respons kepada “Ade ke orang yang baca blog ku ni??”

  1. Alfatihah berkata

    saya terjumpa blog ini di saat mata sudah letih dan mengantuk….menarik ! tapi tak sempat menikmati semua tulisan yg ada di sini…jika Allah izinkan, lainkali saya ziarah lagi.

    Tahniah…..menulislah, sesuatu yang baik itu perlu dikongsi….akan ada pengunjung nanti, InsyaAllah.

  2. Durrah Hannan berkata

    Assalamualaikum…

    Saya pula, terjumpa blog nie sewaktu sedang kebosanan serve net.
    InsyaAllah kalau kita terus konsisten dan ikhlas dalam menyampaikan pasti akan sampai kepada insan2 diluar sana. Dlm dakwah nie mmg kita kena kreatif. Sebab mad’u kita dimana-mana, alam realiti pun ada, alam maya pun ada….teruskan usaha yang kreatif nie. kalau ada kesempatan saya akan kunjungi lagi….

    p/s-> ketahuilah, KLCC setinggi 88 tingkat bermula dgn batu kerikil…. manalah tau, lama2 nta boleh ada tapak server sendiri suatu hr nanti dan pengunjung tetap macam saifulislam.com. Yang penting sabar dan istiqomah.

  3. muhammadghazi berkata

    Salam, tak sangka pula ada yang respon kepada post ni… Sebenarnya saya baru nak delete post ni… Tak sesuai pula nak dikongsikan dengan umum. Tapi takpalah, sebab dah ada yang komen… maaflah kalau post ni tak appropriate…

    Apapun, terima kasih kerana sudi berkunjung…

    Durrah Hannan, rasanya masih jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan saifulislam.com. (Saya memang meminati penulisan beliau dan sering mengikutinya dari masa ke masa.)

    Ilmu saya pun tak seberapa. Apatah lagi dengan background saya yang bukan daripada pengajian Islam. Sekadar belajar tak formal secara jamaie… Walaubagaimanapun saya akan usahakan untuk kongsikan segala ilmu dan pandangan ikut kemampuan…

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>