Mukaddimah…
DIkirim oleh muhammadghazi di Mac 30, 2008
Bismillah, Alhamdulillah. Allahumma solli wasallim ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sohbihi wa barik wasallim. Ama ba’du.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertamanya, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi laman ini. Ini merupakan kali pertama saya membuat blog peribadi. Insya Allah dalam laman blog ini saya akan kongsikan (mengikut kemampuan) segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kehidupan saya di dunia ini. Mudah-mudahan bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Diharapkan supaya kalian dapat memberikan komentar, pandangan dan kritikan membina kepada artikel yang dipaparkan, supaya dapat diperbaik dari masa ke masa. Mungkin selepas ini gaya bahasa yang digunakan akan menjadi lebih informal, jadi harap dapat memaafkan sebarang kesilapan baik dari segi tatabahasa mahupun penggunaan kata. Di samping itu, mungkin akan ada penggunaan bahasa Inggeris dari masa ke masa mengikut kesesuaian dan keselesaan penulis.
Setakat ini sahaja dahulu, segala sokongan dan pandangan yang diberikan amatlah dihargai, dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam dan selamat tinggal.